Penilaian Pemain Penyerang Big Six Premier League Oleh Peminat

Salah seorang peminat bola sepak telah mengisi masa lapangnya ketika sedang mengikuti saranan kerajaan untuk duduk di rumah dengan menilai penyerang dalam pasukan ‘big six’ Premier League.

Kesemua pemain penyerang itu dinilai dan disusun mengikut tahap masing-masing bermula dengan tahap penyerang tak boleh pakai hingga ke tahap dewa.

Menggunakan twitter bernama @ftbl_george telah menilai pemain penyerang dari pasukan Liverpool, Manchester City, Manchester United, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Chelsea.

Dalam kategori dewa menurut beliau sendiri, hanya dua pemain sahaja yang dipilih dan dinilai berada di tahap dewa iaitu Mo Salah dan Sergio Aguero.

Dibawah dari kategori dewa pula adalah kategori ‘world class’. Dalam kategori ini terdapat pemain seperti Roberto Firmino, Pierre Emerick Aubameyang, Son Heung Min, Sadio Mane dan Harry Kane.

Untuk kategori sangat bagus, beliau telah menamakan pemain seperti Leroy Sane, Gabriel Jesus, Marcus Rashford, Riyad Mahrez dan Pepe.

Beliau mungkin menilai Mo Salah dan Sergio Aguero ditahap dewa atas persembahan sepanjang karier kedua pemain itu dalam saingan premier league.

Kalau dinilai dari persembahan musim ini rasanya kedua pemain itu hanya berada di tahap ‘sangat bagus’ sahaja.

Son Heung Min antara pemain yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam persembahannya dalam beberapa musim terakhir ini.

Pemain kebangsaan Korea Selatan itu selayaknya dinilai sama saja dengan Mo Salah dan Sergio Aguero. Tetapi mungkin beliau ada alasan sendiri meletakkan Son dinilai lebih rendah dari itu.

Christian Pulisic, Xherdan Shaqiri, Divock Origi, Bukayo Saka, Tammy Abraham dan Gabriel Martinelli dinilai sebagai pemain yang berada di tahap bagus sahaja menurut George.

Sementara, Willian, Callum Hurson Odoi, Olivier Giroud dan Mason Greenwood dinilai berada di tahap ‘alright’ menurutnya.

Terakhir George telah menilai beberapa pemain dan diletakkan dalam kategori yang agak kejam, kategori ‘tak boleh pakai’.

Alexandre Lacazette, Erik Lamela, Daniel James, Raheem Sterling, Anthony Martial, Pedro dan Lucas Moura antara pemain yang berada ditahap ‘tak boleh pakai’ ini.

Dibawah merupakan status TierMaker yang dibuat oleh George untuk pemain penyerang dari pasukan ‘big six’ premier league.

Tahap Dewa: Sergio Aguero, Mohamed Salah

World class: Roberto Firmino, Pierre-Emerick Aubameyang, Son Heung-min, Sadio Mane, Harry Kane

Sangat bagus: Leroy Sane, Gabriel Jesus, Marcus Rashford, Riyad Mahrez, Pepe

Bagus: Christian Pulisic, Xherdan Shaqiri, Divock Origi, Bukayo Saka, Tammy Abraham, Gabriel Martinelli

Alright: Willian, Callum Hudson-Odoi, Olivier Giroud, Mason Greenwood

Tak boleh pakai: Alexandre Lacazette, Erik Lamela, Daniel James, Raheem Sterling, Anthony Martial, Pedro, Lucas Moura.

Beliau memuat naik penilaian ini di laman twitter miliknya dan sejurus selepas di muat naik, beliau terus dikecam oleh beberapa peminat lain.

“Jika anda benar-benar menilai Pepe anda sepatutnya tahu dia sudah berada di tahap terbaik sekarang.”

“Sterling tidak layak untuk dinilai sama taraf seperti Daniel James.”

“Peminat Liverpool sengaja mahu meletakkan Firmino dalam kategori world class, macam lah orang tak perasan.”

Begitu lah antara yang memberi respond kepada hantaran milik George.

Penilaian ini dilakukan oleh George sendiri dan rasanya banyak yang beliau boleh perbetulkan.

Ada pemain sepatutnya dinilai lebih baik dan ada juga pemain yang dinilai bagus itu sepatutnya tidak berada dalam kategori itu.

BACA:  Ini Sebab Penyokong Man Utd Tuntut Haaland Digantung Perlawanan Selepas Raikan Kejuaraan Premier League