Penilaian Pembelian Pemain Dari Liga Portugal Ke United

Manchester United merupakan antara pasukan yang paling banyak membawa masuk pemain dari Liga Portugal ke premier league.

Terbaru, pada jendela perpindahan Januari lalu, mereka telah membawa masuk Bruno Fernandes untuk beraksi di pentas premier league.

Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi sangat menarik sejak ketibaan beliau di Old Trafford. Fernandes adalah missing puzzle yang dicari United selama ini.

Pemain midfield Portugis itu menyertai setan merah dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan bernilai £47 juta.

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, United berjaya mendapatkan seorang pemain menyerang berkelas dunia.

Dan Bruno berjaya membuktikan kehebatan beliau sejak perlawanan pertama dirinya bersama setan merah lagi.

Fernandes telah menjaringkan tiga gol dan empat assist dalam sembilan perlawanan bersama United untuk semua pertandingan. Beliau juga menjadi pemain terbaik untuk hampir setiap perlawanan.

Sejak kehadiran pemain Portugis itu, United tidak pernah tewas dalam mana-mana perlawanan. Bermula dari perlawanan menentang Wolves hinggalah ke perlawanan menentang LASK.

Setan merah berjaya memenangi enam dari sembilan perlawanan terakhir mereka sejak kehadiran Bruno dan seri tiga perlawanan. Fernandes berjaya melakukan Invincible untuk United.

Sebelum kehadiran Fernandes Ke bumi United, setan merah pernah membawa tujuh lagi pemain dari liga Portugal untuk beraksi di Premier League.

Dan mengikut penelitian tentang rekod mereka hasilnya ada yang baik dan ada juga yang serba tidak menjadi.

Berikut adalah penilaian ketujuh-tujuh pemain itu.

1. Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo menyertai setan merah pada tahun 2003 dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan bernilai £12.24 juta.

Ronaldo merupakan permata paling bernilai yang berjaya ditandatangani oleh setan merah. Beliau sentiasa mempersembahkan aksi yang memukau dalam setiap perlawanan bersama United.

Aksi beliau sentiasa berkembang positive di United. Untuk tiga musim terakhir bersama setan merah, disitu lah aksi kemuncak karier beliau dalam kancah Liga Perdana. Aksi yang sempurna hingga berjaya memenangi Ballon D’or.

Ronaldo adalah pemain Portugis yang tiada tandingannya. Beliau telah mencipta rekod sebagai penjaring gol terbanyak Liga Perdana pada musim 2007/08 dengan 31 jaringan.

Ketika musim kedua beliau bersama United, beliau telah berjaya membantu setan merah memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Piala Liga Juara-Juara itu merupakan yang pertama buatnya sebelom mendapat 5 lagi ketika di Madrid.

Satu hal yang merugikan United adalah mereka tidak pernah menyaksikan Ronaldo mencapai puncak aksinya di kelab itu.

Sebaliknya setan merah telah menjual beliau ke Real Madrid dengan nilai £80 juta dan hanya mampu melihat beliau terus berkembang dan bertambah baik hingga beliau menjadi seorang pemain terbaik di dunia kini, dan antara penyerang terbaik sepanjang zaman.

Penilaian: 10/10

2. Nani

Nani menyertai setan merah pada tahun 2007 juga dari pasukan Sporting Lisbon dengan nilai perpindahan £21.5 juta.

Nani merupakan pemain yang memiliki kemahiran dan skill yang hebat, Nani adalah antara pemain paling meletup yang berjaya dibawa ke Old Trafford.

Sepanjang karier Nani di United, beliau kerap menjaringkan gol yang cantik dan sukar untuk dilupakan oleh peminat. Aksinya yang lincah sentiasa mendapat pujian dari peminat.

Secara statistiknya beliau pernah bergelar pemain terbaik Liga Perdana pada musim 2010/11.

Satu-satunya hal yang agak mengecewakan ialah  pemain sayap itu tidak pernah sampai ke puncak aksinya yang mengasyikkan.

Nani beraksi di Liga Perdana terlalu lama dan beliau tersekat di takat yang sama dalam beberapa musim di Liga Perdana.

Penilaian: 8/10

3. Victor Lindelof

Victor Lindelof menyertai setan merah pada tahun 2017 dari pasukan Benfica dengan yuran perpindahan bernilai £29.5 juta.

Seperti semua tahu pemain Liga Portugal yang beraksi bersama United sering dipertikaikan tentang kualiti dan sumbangan mereka terhadap pasukan.

Tetapi Lindelof kini sedang berada didalam aksi terbaik beliau dan tidak ada yang boleh mengkritik keupayaan pemain itu setakat ini.

Lindelof merupakan antara tonggak utama United bagi musim ini dan sentiasa menjadi pilihan untuk kesebelasan utama.

Walaupun beliau jarang melakukan kesilapan mudah untuk barisan pertahanan ada ketika beliau juga akan melakukan kesilapan yang tidak diduga.

Namun lindelof masih lagi pemain yang muda dan beliau pasti akan dapat capai aksi terbaiknya untuk United beberapa musim lagi.

Penilaian: 6/10

4. Diogo Dalot

Diogo Dalot menyertai setan merah pada tahun 2018 dari FC Porto dengan nilai perpindahan yang tidak pernah diumumkan.

Sukar sebenarnya untuk menilai atau menghakimi tahap terbaik beliau sejak dari aksi pertamanya bersama setan merah.

Memandangkan beliau baru berusia 20 tahun dan hanya beraksi selama tiga musim sahaja bersama United dalam kerjaya profesionalnya.

Tetapi apa yang dapat disimpulkan adalah beliau sememangnya antara pemain pertahanan muda yang berbakat seperti kata Mourinho.

Minit permainan yang kurang agak sukar untuk beliau membuktikan sesuatu. Tambahan pula United telah melaburkan banyak duit untuk membawa masuk Aaron Wan-Bissaka.

Jadi agak sukar untuk beliau mendapat tempat didalam pasukan utama.

Musim ini beliau telah berjaya menjaringkan gol untuk setan merah dalam aksi Piala FA menentang pasukan Tranmere Rovers.

Penilaian: 5.5 / 10

5. Anderson

Anderson menyertai setan merah pada tahun 2007 dari FC Porto dengan nilai perpindahan bernilai £30 juta.

Jika dilihat tentang reputasi Anderson, beliau mengalami waktu yang lebih sukar di United. Aksi beliau bersama setan merah lebih teruk dari apa yang sepatutnya beliau miliki.

Peminat United terlalu teruja dengan ketibaan beliau. Dan paling penting harus di ingat bos United telah memelihara beliau selama 8 tahun di United.

Walaupun Anderson berjaya memenangi satu Piala di United, itu tidak menjadikan beliau menjadi pemain terbaik yang ditandatangani.

Anderson bertuah kerana bermain dalam generasi emas Manchester United, di mana, sesiapa sahaja boleh menang piala.

Secara individu, beliau tidak menepati ramalan dengan tanda harganya.

Penilaian: 5/10

6. Marcos Rojo

Marcos Rojo menyertai setan merah pada tahun 2014 dari Sporting Lisbon dengan nilai perpindahan bernilai £16 juta.

Rojo bermula dengan mantap di United, tetapi 22 penampilan Liga Perdana yang dibuat ketika musim pertama bersama setan merah tidak pernah dicapai lagi selepas itu.

Bahkan beliau hanya turun beraksi dalam beberapa perlawanan sahaja selepas dari itu untuk setan merah.

Jika dilihat dua musim terakhir ini pun beliau hanya diturunkan untuk beberapa perlawanan sahaja.

Kecederaan dan aksi yang tidak menentu yang beliau tunjukkan telah membantutkan karier beliau di United.

Penilaian: 4/10

7. Bebe

Bebe menyertai setan merah pada tahun 2011 dari Victoria dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Oh baby baby baby jangan kau marah(lirik lagu Aliff Satar kot ni) Sir Alex Ferguson telah menandatangani pemain ini tanpa melihat aksinya terlebih dahulu.

Sehingga jika ditanya kepada peminat Man United sekarang pasti ramai yang tidak sedar bahawa Bebe pernah bermain untuk United.

Bebe hanya membuat tujuh penampilan selepas debutnya bersama United. Dan itu sahajalah yang boleh diceritakan tentang beliau di United. Bebe akan sentiasa diingati sebagai salah satu pemain paling teruk dalam sejarah pasukan setan merah

Penilaian: 1/10

Itulah antara pemain dari liga Portugal yang beraksi bersama setan merah di pentas premier league.

Nama Cristiano Ronaldo akan kekal dikenang sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman milik setan merah.

Bebe pula sehingga kini masih kekal sebagai pembelian paling gagal sepanjang zaman untuk pasukan setan merah.

Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi mantap bersama United dan sudah pasti beliau mahu dikenang sebahai antara pemain terbaik untuk pasukan itu.

BACA:  Roy Keane 'Tibai' Man Utd Tanpa Belas Selepas Aksi Kekalahan Memalukan Bertemu Man City