Penilaian Tahap Pemain Remaja Premier League Dari World Class Hingga Sampah

Musim ini ramai pemain muda yang telah bersinar dan berjaya mempamerkan aksi mantap ketika mendapat peluang untuk beraksi bersama pasukan Utama masing-masing.

Pemain muda di premier league seperti Mason Greenwood dan Phil Foden kini merupakan antara pemain remaja yang berpotensi untuk menjadi pemain berkelas dunia satu hari nanti.

Namun, selain dari pemain yang mempamerkan aksi mantap, terdapat juga beberapa pemain remaja yang gagal memberikan aksi terbaik ketika bermain untuk pasukan utama mereka.

Di laman Twitter, seorang peminat yang menggunakan nama @yxngcameron telah membuat senarai pemain muda dari tahap terbaik hinggalah tahap sampah.

Beliau telah menyenaraikan pemain remaja yang beraksi di premier league dan telah menilai para pemain tersebut berdasarkan aksi mereka dalam saingan liga musim ini.

Foden dan Greenwood bersama Callum Hudson Odoi dan penjaga gol Sheffield United Dean Henderson dinilai sebagai pemain remaja terbaik di premier league musim ini.

Empat pemain ini diklasifikasikan sebagai pemain bertaraf ‘world Class’ dan tahap kedua akan diklasifikasikan sebagai ‘sangat bagus’ seterusnya ‘bagus’ diikuti oleh ‘sederhana’ dan akhir sekali ‘sampah’.

Pemain remaja seperti Gabriel Martinelli dan Billi Gilmour diklasifikasikan sebagai pemain yang berada di tahap ‘sangat bagus’.

senarai penuh boleh dirujuk di bawah:

Foden dan Greenwood antara dua pemain remaja paling bersinar musim ini dan Kedua-duanya mendapat sokongan penuh dari pengurus pasukan masing-masing.

Foden tidak selalu diturunkan sebagai kesebelasan utama di Manchester City, tetapi Pep Guardiola sendiri mengakui bahawa pemain berusia 19 tahun itu merupakan pemain paling berbakat.

Sepanjang beliau menjadi pengurus pasukan, Pep sendiri tidak pernah bertemu pemain muda yang mempunyai bakat seperti Foden.

Pep turut mendedahkan bahawa beliau yakin dan percaya, Foden telah melakukan yang terbaik dan beliau berada dilandasan yang betul untuk menjadi salah seorang pemain terbaik satu hari nanti.

Sementara untuk Greenwood pula beliau merupakan salah seorang pemain yang sering diberi kepercayaan oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk beraksi bersama setan merah.

Dalam beberapa aksi perlawanan sahaja, Greenwood telah berjaya untuk menjadi salah seorang pemain paling digemari oleh peminat pasukan setan merah.

Greenwood telah berjaya menjaringkan 12 gol sepanjang musim ini. Beliau turut menunjukkan peningkatan dalam setiap aksinya musim ini.

Ole sendiri mengakui bahawa Greenwood mempunyai ketajaman untuk menjaringkan gol yang luar biasa dan menganggap pemain remaja itu mempunyai penyudah lebih hebat dari pemain setan merah yang lain.

Pemain remaja ditahap ‘sangat baik’ didominasi oleh para pemain dari pasukan Chelsea.

Nampaknya usaha Frank Lampards untuk membangunkan Chelsea bersama barisan pemain remaja membuahkan hasil.

Selain Gilmour, Lampard turut membwa pemain seperti Reece James, Fikayo Tomori dan Mason Mount untuk beraksi bersama pasukan Chelsea yang telah digantung dari membeli pemain.

Ternyata pemain remaja itu semua membalas kepercayaan Lampard dengan cukup baik.

Sementara itu, untuk pasukan Arsenal pula, mereka melalui musim ini dengan agak sedikit suram.

Walau bagaimanapun, pemain remaja mereka, Martinelli telah mempamerkan aksi yang agak mengujakan musim ini.

Brandon Williams dan Danial James, dua lagi pemain remaja setan merah turut mempamerkan aksi agak baik musim ini.

Norwich City turut menggunakan khidmat ramai pemain remaja mereka musim ini, antaranya Todd Cantwell dan Jamal Lewis.

Dominic Solanke dan Sean Longsraff antara dua pemain remaja yang diklasifikasikan sebagai pemain yang berada di tahap sampah dalam Premier League.

Ini adalah pandangan peribadi dari @yxngcameron berdasarkan aksi yang dipamerkan oleh pada pemain remaja ini sepanjang musim 2019/20.

BACA:  Premier League 2021/22: Norwich City 0-3 Liverpool