Penjaga Garisan Keluarkan Kad Kuning Untuk Haaland Sign Autograf

Penjaga garisan perlawanan Manchester City menentang Borussia Dortmund telah melakukan satu perkara yang jarang dapat dilihat apataha lagi kejadian ini telah dirakam.

Selepas perlawanan, penjaga garisan ini nyata tidak melepaskan peluang dapat bertemu Erling Braut Haaland dan menunggu pemain sensasi dipasaran selepas tamat perlawanan.

Dalam perjalanan di dalam terowong menuju bilik persalinan, penjaga garisan ini telah disapa oleh Haaland lalu yang datang dari belakang memegang bahu penjaga garisan.

Haaland ketika itu kelihatan agak lorat dan berjalan laju dipanggil penjaga garisan dan beliau mengeluarkan kad kuning dan kad merah dari poketnya.

Haaland segera memberhentikan langkah dan melayani permintaan penjaga garisan itu yang mahu mendapatkan tandatangan Haaland di atas kad yang dikeluarkan.

Sebagai remaja yang berbudi pekerti dan beradab, Haaland melayan saja permintaan penjaga garisan itu.

Tindakan penjaga garisan itu nyata mendapat sindiran daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang ditunjukkan oleh pengadil perlawanan.

Inilah mutu pengadil Champions League, cemuh beberapa orang netizen yang panas hati.

Ada menanggap pengadil perlawanan Manchester City menentang Borrussia Dortmund tidak profesional dan amatur yang menafikan gol Jude Bellingham.

Tindakan penjaga garisan meminta autograf ini menambahkan lagi garam ke luka walaupun pengadil adalah manusia biasa dan juga seorang peminat Haaland.

Jadon Sancho pula agak ekstrem apabila secara terbuka mengkritik pengadil di laman Twitter rasmi beliau kerana membatalkan gol Jude Bellingham yang nyata tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Lebih parah apabila Jude Belillngham dilayangkan kad kuning kerana memprotes keputusan pengadil perlawanan.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola ternyata lebih sinis dengan komen yang makan dalam satu termuramah selepas perlawanan berakhir.

Pep Guardiola telah memuji sampai kelangit mutu pengadilan yang dianggap sempurna dan bermutu tinggi.

“Mungkin dia seorang pemian. Kenapa tidak? Pengadil hebat sekali, perlawanan ini tiada sebarang masalah, yeahhh! pengadil hari ini sempurna.”

Dalam perlawanan suku akhir pertama ini menyaksikan Manchester City berjaya menewaskan Borussia Dortmund dengan jaringan 2-1 dalan perlawanan penuh drama.

Gol Manchester City dijaringkan oleh Kevin De Bruyne dan Phil Foden yang mempamerkan aksi yang menarik, luar biasa dan genius.

Haaland pula mencipta assist untuk gol Borussia Dortmund yang merupakan gol tempat lawan yang boleh menjadi satu gol yang sangat berharga.

BACA:  Ferdinand Mahu Manchester United Dapatkan Mbappe Dan Haaland