Penjaga Gol Ajax Letih Asyik Dikaitkan Dengan Arsenal

Penjaga gol Ajax, Andre Onana telah mendedahkan rasa bosan dan letih beliau dengan berita berkait beliau dikaitkan dengan Arsenal.

Selain Arsenal, beliau juga turut dikaitkan dengan bakal menyertai beberapa lagi pasukan lain dalam saingan Premier League hingga menyebabkan Onana penat untuk terus dikaitkan dengan mana-mana pasukan lagi.

Pemain kebangsaan Cameroon itu merupakan antara pemain paling menyerlah dalam saingan Eredivisie sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Beliau juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu Ajax untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Champions League pada tahun 2019 lalu.

Dek kerana aksi mantap dan persembahan terbaiknya itulah yang menyebabkan Onana dikaitkan bakal menyertai pelbagai kelab gergasi di benua Eropah.

Arsenal, Chelsea, Inter Milan, AC Milan dan ada beberapa kelab dari Premier League turut dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Tidak ada perjanjian yang berjaya dimuktamadkan untuk penjaga gol berusia 25 tahun itu, hinggalah beliau pada Februari lalu dikenakan hukuman gantung selama sembilan bulan dari beraksi dalam dunia bola sepak.

Onana dikenakan hukuman tersebut atas kesalahan anti doping dengan beliau kini sudah boleh kembali beraksi selepas tempoh hukuman tersebut berakhir.

Beliau membuat kemunculan semula dalam skuad utama Ajax pada awal minggu lalu bertemu Besiktas dalam aksi saingan Champions League.

Sebaik melihat aksi beliau, sudah mula keluar pelbagai rumours berkait masa hadapan beliau bersama kelab, dengan Onana turut dikaitkan dengan pelbagai kelab.

Kontrak beliau bersama Ajax akan tamat pada musim panas akan datang, dan kerana itu jugalah beberapa kelab gergasi sudah mula mengajak beliau untuk berunding.

Walau bagaimanapun, pada ketika ini, penjaga gol Cameroon itu tidak berminat untuk membincangkan soal masa depannya dan lebih memilih untuk beri tumpuan pada Ajax.

Menurut sumber laporan dari media Itali, Gazzetta dello Sport, Onana kini masih dikaitkan dengan bakal melengkapkan perpindahan ke saingan Premier League, dengan Arsenal dikatakan sangat berminat untuk menandatangani produk akademi Ajax itu.

“Saya sudah lama ingin bercakap tentang itu, saya pada ketika itu berada di Salou (latihan individu).”

Jelas Onana kepada Ziggo Sport.

“Saya ada baca artikel tentang saya setiap hari. Kemudian saya lihat saya dikaitkan dengan Arsenal, kemudian saya lihat Lyon, pfff…. Saya sudah penat dengan semua itu, pihak media fikir mereka perlu beritahu saya tentang kehidupan saya, come on lah.”

“Adakah saya ada perjanjian dengan kelab lain? Saya masih ada kontrak dengan Ajax. Itu semua sampah.”

Mungkin saja ia benar-benar hanya permainan dari media kerana agak mustahil untuk Arsenal menandatangani beliau, dengan mereka kini sudah memiliki Ramsdale.

Calon pemenang anugerah Ballon D’or tahun hadapan itu ditandatangani oleh Arsenal pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta.

Sejak ditandatangani dari Sheffield United, Aaron Ramsdale telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan pada ketika ini.

Beliau dianggap antara pemain Arsenal yang paling berprestasi dan beliau juga pada ketika ini menjadi pemain yang paling disayangi oleh peminat.

Aksi hebat yang beliau persembahkan telah membantu Ramsdale untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan England, dengan Gareth Southgate sendiri sangat berpuas hati melihat persembahan bintang Arsenal itu.

Ramsdale juga merupakan individu penting yang membantu Arsenal untuk bangkit bersaing di kelompok enam teratas dalam saingan Premier League, dengan mereka pada awal musim lalu sekadar berada di kedudukan ke-20 dalam carta liga.

Seandainya Onana benar-benar mahu mencari pengalaman baru, tidak mustahil banyak lagi kelab yang akan sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carrick: Fabregas Punca Utama 'Perpindahan Impian' Ke Arsenal Tidak Berlaku