Penjaga Gol Ajax Terlibat Dengan Kemalangan Ngeri Di Cameroon

Andre Onana telah terlibat dengan satu nahas jalan raya yang agak mengerikan ketika beliau sedang menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Cameroon

Walau bagaimanapun, mujur sahaja beliau tidak mengalami sebarang kecederaan walau kemalangan itu dilihat seolah-olah kemalangan berdarah.

Pada hujung minggu lalu, Onana bermain selama 90 minit dengan Ajax ketika itu cemerlang melakukan comeback bertemu Feyenoord.

Kemenangan itu setidak-tidaknya mengubat luka mereka selepas tersingkir dari saingan Champions League kerana ditewaskan oleh Benfica.

Penjaga gol utama Ajax itu telah terlibat dengan satu insiden aneh dengan beliau beraksi sambil dibelakangnya penuh nyalaan api di Johan Cruyff Arena.

Api tersebut marak dek kerana salah satu banner dari pasukan tuan rumah terbakar kerana terkena bom suar.

Ketika insiden itu nampak seperti bakal menjadi lebih parah, petugas keselamatan stadium berjaya mengawal keadaan.

Onana kemudiannya berjaya terselamat dari satu lagi insiden yang sebenarnya berpotensi untuk mengancam nyawa serta kariernya.

Pemain kebangsaan Cameroon itu kembali ke negara asal beliau untuk menjalani tugasan antarabangsa, dengan mereka berusaha untuk layak ke kejohanan Piala Dunia Qatar tahun hadapan.

Ketika tiba di sana, Onana telah terlibat dengan satu kemalangan yang mengerikan dengan beliau ketika itu dalam perjalanan ke Yaounde, ibu kota Cameroon untuk menyertai sesi latihan.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu bersama beberapa individu lain terlibat dengan kemalangan tersebut, namun dikatakan kesemua mereka terselamat dan langsung tidak ditimpa sebarang kecederaan.

Walau mereka selamat, namun kereta yang beliau pandu berada dalam keadaan yang sangat teruk dan ramai percaya mangsa terlibat mengalami cedera parah berdasarkan keadaan kereta tersebut.

Dek kerana Onana berjaya mengelak dari mengalami sebarang kecederaan, ia bermaksud beliau tiada masalah untuk diturunkan bertemu Algeria nanti.

Cameroon akan beraksi bertemu Algeria pada Jumaat nanti, dengan aksi leg kedua pula akan dilangsungkan pada Selasa hadapan.

Lima pasukan yang berjaya mencatatkan kemenangan di pusingan play-off ini bakal melayakkan diri untuk beraksi di Qatar nanti.

Tahun lalu, penjaga gol utama Cameroon itu telah digantung dari beraksi dalam mana-mana perlawanan selama tempoh 12 bulan kerana dikatakan mengambil dadah.

Hukuman tersebut walau bagaimanapun telah dikurangkan kepada sembilan bulan dek kerana beliau berjaya memberi alasan kukuh tentang mengapa ada kandungan dadah pada ujian urine beliau.

Beliau dikatakan tersalah mengambil ubat yang kebiasaannya diambil oleh isterinya.

Selepas tamat tempoh penggantungan tersebut, nilai Onana dan penilaian rating FIFA beliau jatuh mendadak dan menyebabkan beliau sendiri bimbang tentang hal tersebut.

Kontrak bekas produk akademi kelab itu akan tamat pada musim panas ini dengan Ajax sendiri turut sudah mengesahkan yang Onana akan meninggalkan kelab musim panas nanti.

Beliau dikatakan bakal menyertai Inter Milan pada penghujung musim ini, namun begitu urusan perpindahan itu masih belum disahkan lagi.

Onana sememangnya antara penjaga gol terbaik di benua Eropah dengan Barcelona juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan semula khidmatnya.

Satu hal yang pasti, Onana sudah tentu akan meninggalkan Ajax cuma pasukan mana yang bakal beliau sertai itu sahaja yang belum dapat dipastikan.

Dengan rekod penggantungan yang pernah beliau hadapi, sukar sebenarnya untuk Onana mendapatkan majikan baru, namun dek kerana beliau sudah selesai menjalani hukuman dan bebas dari pertuduhan tidak mustahil untuk ada kelab yang bakal menandatangani beliau nanti.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga