Penjaga gol Chivas, Tono Rodriguez menjaringkan gol pertama dan satu-satunya gol dalam kariernya sebagai penjaga gol daripada kawasan kotak penalti sendiri untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-1.
Gol ini terhasil dalam perlawanan Liga MX di Mexico ketika Chivas menentang Veracruz di mana Chivas mendahului 2-1 ketika masa perlawanan akan tamat pada bila-bila masa.
Ketika perlawanan hampir berakhir Veracruz mendapat sepakan penjuru dan penjaga gol mereka juga tanpa segan silu naik untuk membantu serangan bagi mencari gol penyamaan.
Tono Rodriguez keluar untuk menghalang sepakan penjuru dan memotong bola dengan satu tangkapan kemas lagi selepas dan tanpa membuang masa telah melakukan tendangan.
Mudah untuk tendangan penjaga gol Mexico berusia 27 tahun itu menuju ke gawang yang tidak dikawal pemain pertahanan dengan penjaga gol yang naik ke atas.
Tendangan Tono Rodriguez menerjah jaring dan terus membunuh perlawanan dengan jaringan 3-1 dan risiko Veracruz untuk mencuri mata tidak berhasil.
Sungguh bergaya gol pertama dalam karier Tono Rodriguez selaku penjaga gol yang pada kebiasaannya hadir melalui sepakan penalti atau sepakan percuma.
Itu pun kalau penjaga gol tu pakar bola mati.
Nyata Tono Rodriguez nampak peluang untuk menjaringkan gol pada kebiasaan penjaga gol lain akan membazirkan masa dengan memanaat peraturan bola 6 saat.
Tono Rodriguez mula menjadi penjaga gol utama Chiva pada musim panas 2012 dan pada musim ini telah bolos 21 gol dalam 13 perlawanan serta perlawanan tanpa bolos.
Kelab Mexico itu kini berada di tempat ke-10 dalam Liga MX Apertura dengan 25 mata selepas 18 perlawanan.
Whoa ? The goalkeeper really scored from his own box.
(via @Chivas) pic.twitter.com/2yCCaF3chv
— ESPN FC (@ESPNFC) November 24, 2019