Penjaga Gol Dan Pertahanan Terbaik Dunia Kena Gitu Je

Pemain pasukan Watford, Ismaila Sarr dan Troy Deeney telah membuat penjaga gol dan pemain pertahanan dunia kelihatan bodoh dan dungu macam penyokong mereka. Kalau kau terasa macam kau la.

Gol ketiga Watford ketika menentang Liverpool terhasil kerana kesilapan pemain pertahanan sisi terbaik dunia dan paling bernilai ketika ini, Trent Alexander-Arnold.

Sudah bosan membuat assist untuk rakan sepasukan, Arnold telah membuat hantaran ke belakang yang sampai kepada Ismaila Sarr.

Penjaga gol terbaik dunia, Allison Becker pantas meluru keluar meninggalkan gawang melihat hantaran cegampang Arnold itu namun, Ismaila Sarr lebih laju memotong bola percuma itu.

Ismaila Sarr mengacah-acah Alisson Becker dan penjaga gol Brazil itu hanya mengikut acahan Sarr seperti seekor anjing kurap.

Semua itu terjadi dalam sekelip mata, Ismaila Sarr menghantar bola kepada Troy Deeney yang tidak dikawal hanya tersenyum melihat gawang yang kosong.

Lantas Troy Deeney melambungkan bola ke gawang terbuka, penjaga gol terbaik dunia sekali lagi cuba mengejar walaupun tidak mampu berbuat apa-apa.

Dan pada ketika itu pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk telah turun untuk menutup ruang namun sudah terlambat, hanya mampu melihat bola melepasi kepala masuk ke gawang.

Kelakar bukan?

Liverpool tewas di kaki Watford, kekalahan buat pertama kali di Premier League musim ini sekaligus menamatkan impian Invincibles mereka dan meranapakan harapan trofi emas.

Watford bermain sangat baik dalam perlawanan ini dengan permainan yang penuh disiplin lagi berprestasi tinggi membuatkan Liverpool mati kutu.

Kejutan bermula pada minit ke-54 apabila Ismaila Sarr membuka tirai perlawanan dan ketika ini siulan ‘comeback is real’ masih kedengaran meyakinkan.

Enam minit kemudian, Ismaila Sarr datang lagi dengan satu chip cantik melopong mulut penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker hasil serangan balas pantas.

Prestasi terbaik Ismaila Sarr dalam kariernya apabila terbabit dalam ketiga-tiga yang terhasil dengan menjaringkan dua gol dan satu asssist.

Ismaila Sarr menjaringkan dua gol dan satu assist dalam perlawanan ini dan merentap ego dan keangkuhan penyokong Liverpool selama dan mereka koyak hanya dengan tiga titik sahaja dan berpura-pura tenang.

Boleh dilihat betapa sunyinya penyokong Liverpool hari ini dan yang tinggal hanya yang bodoh yang masih menyalak.

Mendabik dada masih dipuncak dan lebih bangang berkata ‘begini rasanya kalah’ nampak sangat kau sokong Liverpool hujung tahun lalu.

Kalau kau terasa kau la tu.

BACA:  Senarai 10 Penjaga Gol Terbaik Dunia Ketika Ini