Penjaga gol Borrusia Dortmund, Roman Burki sentiasa melakukan sesuatu yang aneh sebelum sepak mula dilakukan dengan mengambil bola dan menyentuh bola sebelum lambungan syiling dilakukan.
Ritual menyentuh bola ini tetap dilakukan oleh Roman Burki samada mendapat kebenaran atau tidak dari pengadil.
Terdapat beberapa pemain yang mempunyai ritual atau tabiat yang menjadi kepercayaan mereka sebelum bermain seperti Gennaro Gatusso dan Laurent Blanc.
Gatusso dilaporkan akan membaca buku ahli falsafah Russia, Fyodor Dostoyevsky semasa berada di tandas sebelum perlawanan.
Laurent Blanc pula di Piala Dunia 98 akan mencium kepala Fabian Barthez sebelum perlawanan dan Perancis akhirnya muncul juara.
Harus diakui kepercayaan Burki ini telah membawa tuah kepada Dortmund setakat ini di Bundesliga tetapi tidak di Champions League.