Penjaga Gol Genk Terima Padah Selepas Gagal Membuat Cryuff Turn

Penjaga gol muda Genk dan prospek penjaga gol masa depan Belgium yang berusia 17 tahun, Maarten Vandevoordt telah mendapat pengajaran berguna dalam kariernya di pentas agung Eropah Chmpions League.

Maarten Vandevoordt menjadi bualan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Napoli selepas cuba melakukan Cruyff Turn lalu gagal sebelum sempat gerakan itu disempurnakan.

Cubaan yang mengundang padah itu pula dilakukan dihadapan gawang gol sendiri berhampiran garisan gol yang pantas disambar Arkadiusz Milik untuk gol pembukaan.

Pada minit pertama perlawanan lagi Maarten Vandevoordt telah tertewas namun bola terkena palang dan melantun keluar berpunca daripada sepakan penjuru.

Dua minit berselang, pemain pertahanan Genk membuat hantaran ke belakang yang sepatutnya terus ditendang ke atas oleh Maarten Vandevoordt.

Namun darah muda menguasai diri, apabila Maarten Vandevoordt cuba bermain fancy dalam debutnya dengan melakukan Cryuff Turn dan telah terhukum dengan tindakannya itu.

Milik menjaringkan gol pertama pada minit ke-3 dan melengkapkan hatrik pada minit ke-38 sebelum Dries Merten menambah lagi dua gol untuk kemenangan 4-0 Napoli.

Gerakan Cryuff Turn ini merupakan satu skill kegemaran lagenda bola sepak dunia Johan Cryuff yang juga terkenal dengan falsafah total football yang menjadi pegangan sehingga kini.

Pada usia 17 tahun 287 hari, Maarten Vandevoordt menjadi penjaga gol yang paling muda pernah turun beraksi dalam sejarah Champions League.

Debutnya bersama Genk di Champions League telah memecahkan rekod Mile Slivar yang sebelum ini menjadi penjaga gol termuda dengan usia 18 tahun 52 hari.

Genk tewas dalam 5 perlawanan dan satu seri menempatkan mereka di tangga tercorot kumpulan E dengan satu mata.

Baca Juga

Baca Juga