Penjaga Gol Hungary Berkongsi Cerita Persediaan Menghadapi Ronaldo, Mbappe dan Werner Untuk Kumpulan F Euro

Kempen Kejohanan Eropah bagi kumpulan maut, Kumpulan F, bakal bermula malam ini dengan Portugal bakal turun membuka langkah mempertahankan kejuaraan mereka menentang Hungary, manakala juara dunia, Perancis bakal melayan bekas juara dunia, Jerman.

Di atas kertas tiga pasukan gergasi di atas menjadi tumpuan untuk merebut slot ke pusingan kedua dengan Hungary bakal menjadi makanan mereka.

Portal sukan Inggeris, The Athletic sempat bertanyakan penjaga gol Hungary yang juga bekas penjaga gol Liverpool, Adam Bogdan, bagaimanakah persiapan mereka untuk menghadap pemain penyerang seperti Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe dan juga Timo Werner.

Penjaga gol yang berusia 33 tahun itu dinamakan sebagai penjaga gol ketiga Hungary, di belakang Peter Gulacsi yang beraksi bersama RB Leipzig, dan juga Denes Dibusz yang bermain untuk Ferencvaros.

Hungary layak ke pusingan akhir Kejohanan Eropah selepas menyingkirkan Bulgaria dan Iceland di pusingan play-off kelayakan.

Bogdan, bercerita kepada The Athletic, ada berkongsi bagaimana mereka mempersiapkan pasukan sebelum bertemu ketiga-tiga gergasi bola sepak Eropah itu. Ditanya tentang peluang pasukannya, Bogdan berkata,”Kau boleh tengok dari dua sudut.

“Yang pertama memang seronok sebab kau boleh bermain lawan pemain yang terbaik.

“Lagi satu, ini bermaksud peluang kau agak terhad – sebab kau lawan pemain yang terbaik.

“Jadi apa yang kami buat di sini adalah untuk mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi dan mencapai tahap lawan-lawan kami tu, dan ia bermula dengan Portugal.

“Dalam beberapa tahun ini, kami bertahan dengan cukup baik. Aku rasa ini akan jadi senjata kami dan menjadi asas bagaimana kami akan bermain.

“Kami perlu cukup berdisiplin dan kami yakin kami akan mempamerkan permainan bertahan yang baik. Kemudian di bahagian serangan, kami akan cuba buat kejutan kat diorang.

“Dalam latihan, kami banyak fokus kepada kecergasan, dan juga taktik. Kami tahu kualiti lawan kami dan kualiti individu yang mereka ada.

“”Kami sedar ia takkan mudah tapi kami berfikiran positif dan yaking dengan pemain berbakat yang kami ada.

Hungary boleh dikatakan tidak akan mengambil pendekatan yang renyah dan leceh dan mereka rasa tak perlu terlalu fikir tentang lawan mereka.

Pada hari Selasa mereka akan melihat sejauh mana Ronaldo, Diogo Jota, Bruno Fernandes dan yang lain-lainnya menyerang kubu mereka, diikuti dengan Mbappe, Antoine Griezmann dan Karim Benzema pada hari Sabtu.

Kemudian pada hari Rabu pula, mereka bakal berhadapan dengan Werner, Kai Havertz, Thomas Muller.

Sebagai seorang penjaga gol, Bogdan ditanya adakah dia sebenarnya mampu untuk bersedia bila berdepan dengan rangkaian penyerang yang boleh diletakkan di kalangan yang terbaik di dunia yang fana ini.

“Rasanya tak,” ringkas sahaja jawapan Bogdan.

“Maksud aku, kami boleh cuba bekerja pada rentak yang paling tinggi. Sebagai seorang penjaga gol, lawan pemain macam tu, kau memang kena pastikan kau ada di posisi yang betul dan buat keputusan yang betul.

“Bila kita teliti pemain-pemain tu dalam video, aku yakin kau boleh nampak apa benda yang diorang selalu cuba buat tapis ebagai penjaga gol, kau kena cuba yang terbaik untuk berada di tempat yang mana kemungkinan besar kau boleh tampan rembatan tu.”

Bogdan ketika bersama Liverpool. Gambar : HTC

Selain itu, Bogdan turut ditanya berapa banyak video yang ditonton oleh para penjaga gol Hungary dan dia berkata, dia dan rakannya telah diberikan pembentangan tentang lawan setiap kali sebelum mana-mana perlawanan, tapi pada masa yang sama kem Hungary tidaklah terlalu risau sampai tak senang duduk.

“Dalam tempoh 10 tahun ni, video dah jadi lagi bagus,”katanya.

“Kami guna benda macam Wyscout untuk tolong kami dapatkan data kesemua lawan kami.

“Kita dah maju banyak dah sebenarnya berbanding zaman kena tengok perlawanan penuh atau separuh dalam DVD – sekarang kau secara kasarnya dah ada info di tangan dan aku rasa setiap kelab pun ada pasukan pengalisa video, dan diorang ni sangat bagus dalam sediakan info yang kau perlukan, sama ada ke atas seseorang pemain atau pun skuad.”

Dalam perlawanan menentang Portugal nanti, Bogdan ni kemungkinan besarnya dia tidak akan bermain kerana Gulacsi lebih menonjol sebagai penjaga gol utama, dan apa yang penting, Hungary sebenarnya mempunyai kelebihan kerana akan bermain di laman sendiri, Arena Puskas.

Jadi, berapa korang tikam untuk perlawanan Hungary-Portugal nanti? Lepas tu, dah berapa ringgit korang burn salah tikam? Heeeeee.

Sumber : The Athletic

BACA:  Beberapa Pemain Sporting CP Tamatkan Kontrak Lebih Awal Kerana Masalah Dalaman Kelab