Penjaga Gol Ini Menjaringkan Gol Sendiri Dengan Penuh Berseni

Penjaga gol Bayer Leverkusen, Lukas Hradecky telah membuat satu aksi kelakar yang penuh menghiburkan apabila menjaringkan gol sendiri dengan satu skil dan sepakan penuh berseni.

Sesungguhnya mnusia tidak pernah lari dari kesilapan. Adakalanya kesilapan itu amat mudah. Akibat yang ditanggung pula besar.

Hasilnya seribu penyesalan. Perasaan seperti disusuk sembilu. Ia ibarat kesakitan yang diakibatkan luka yang tidak pandai berhenti mengalir darah.

Sekurang-kurangnya itulah perasaan penjaga gol Bayer Leverkusen, Lukas Hradecky sepanjang babak kedua perlawanan menentang Arminia Bielefeld dalam aksi Bundesliga.

Mujurlah rakan sepasukan, A.Dragovic berjaya menghasilkan gol kemenangan pada babak akhir perlawanan untuk penjaga gol dari Slovakia itu menarik nafas kelegaan.

Lukas Hradecky mengejutkan ramai dengan insiden yang dianggap β€˜gila’ selepas menjaringkan gol sendiri yang dilabel sebagai β€˜gol sendiri terhebat abad ini.’

Berpunca dari satu hantaran ke belakang, Hradecky sepatutnya dengan mudah melakukan clearance.

Sukar untuk menyelami pemikiran Hradecky pada ketika itu. Beliau bertindak menghayunkan kakinya dan menyepak bola secara kilas – outside of the boot – dengan sepenuh hati.

Tindakan berisiko dan di luar norma pemikiran seorang penjaga gol itu menyebabkan bola melantun terus ke arah gawangnya sendiri yang sedia ternganga tanpa kawalan.

Hradecky hanya mampu tunduk ke arah rumput selepas membenarkan Arminia Bielefeld kembali ke dalam perlawanan.

Tetapi gol tersebut cukup untuk menjadikan perlawanan di Jerman itu mencuri tumpuan media sosial.

Namun akibat ditanggung Lukas Hradecky tidaklah teruk apabila Bayer Leverkusen berjaya mengutip tiga mata penuh namun malu agak besar perlu dihadapi.

BACA:Β  Kesilapan Dan Aksi Kelakar Pemain Pertahanan Terbaik Dunia