Penjaga Gol Liga Qatar Lemas Selepas 10 Saat Sepak Mula

Share on facebook
Share on twitter

Seorang penjaga gol yang beraksi dalam satu perlawanan di Liga Qatar tidak menunggu lama untuk melepaskan gol seawal mungkin selepas sepak mula apabila lemas dan terkapai-kapai.

Penjaga gol kelab Al-Shahania, Khalifa Al-Dosari telah membuat satu pertimbangan dan bacaan yang salah hasil hantaran lambung pemain lawan ketika melepaskan gol selepas perlawanan berlangsung hanya 10 saat di Qatar Stars League.

Kelab Al-Arabi telah melakukan sepak mula dengan satu hantaran ke belakang yang kemudiannya terus dilambung ke arah kotak penalti Al-Shahania.

Melihat bola datang Khalifa Al-Dosari telah keluar untuk membuat tangkapan, malangnya bola jatuh jauh daripada beliau dan melantun tinggi, tenyataan jangkaan dan bacaaan bola beliau salah.

Lantunan itu jauh menggelembung buaya melepasi jangkauan, Khalifa Al-Dosari cuba mengejar namun Mohammed Salah Al Neel lebih pantas menolak masuk untuk gol pembukaan selepas 10 saat.

Hanya 4 sentuhan sudah menghasilkan gol dalam tempoh 10 saat. Dalam perlawanan ini Al Arabi menang 2-1 dan kedua-dua gol dijaringkan oleh Mohammed Salah Al Nee.

Kesilapan seperti ini sudah pasti menjadi mimpi ngeri buat penjaga gol dalam satu perlawanan.

Share on facebook
Share on twitter

Baca Juga

Baca Juga