Penjaga Gol Viking FK ‘Kantoi’ Cuba Kecilkan Gawang Gol

Telah berlaku kekecohan besar di pentas bola sepak utama Norway apabila salah seorang penjaga gol kantoi cuba mengecilkan gawang golnya ketika beraksi di halaman sendiri.

Penjaga gol dari Iceland, Patrik Gunnarsson yang juga merupakan bekas penjaga gol Brentford, kantoi mengalihkan tiang gol supaya gawang golnya semakin mengecil.

Beliau melakukan tindakan keji itu ketika sedang beraksi dan namun segala usahanya berakhir dengan sia-sia kerana tertangkap.

Bermain untuk Viking FK di SR-Bank Arena, Gunnarsson dilihat mengalihkan tiang gol supaya gawang golnya semakin mengecil dan beliau melakukan itu sebanyak dua kali.

Beliau melakukan aksi terkutuk itu ketika beraksi bertemu Jerv dan HamKam dalam aksi saingan Eliteserien.

Selepas pembantu pengadil memeriksa gawang golnya, Gunnarsson segera mengalihkan tiang gol tersebut dan tindakan beliau ketika itu tidak disedari oleh pengadil perlawanan.

Ukuran yang ditetapkan untuk gawang gol yang digunakan di pentas bola sepak profesional adalah 7 meter kali 33 centimeter.

Walau bagaimanapun, media Norway, Aftenbladet mendakwa yang Gunnarsson mampu untuk mengecilkan gawang golnya hingga 15-20 centimeter lebih kecil berbanding ukuran sebenarnya yang ditetapkan.

Media tersebut turut berkongsi video tindakan Gunnarsson mengecilkan gawang golnya itu dan ia ketika ini sedang menjadi topik perbualan hangat pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu sepertinya telah mengeruhkan lagi keadaan selepas beliau memberi alasan yang tak masuk akal.

Gunnarsson mendedahkan yang beliau bukan berusaha mahu mengecilkan gawang golnya itu, namun beliau sekadar melakukan ritual kebiasaannya sebelum sepak mula perlawanan.

“Ia hanya ritual yang kebiasaannya saya lakukan sebelum bermulanya perlawanan.”

Jelas Gunnarsson.

“Ia membuatkan saya rasa lebih selesa. Ia tak lebih dari itu. Saya cuma sepak tiang sedikit sahaja.”

Gunnarsson sebenarnya telah dipinjamkan kepada Viking pada tahun lalu dan beliau kemudiannya ditandatangani secara tetap pada Januari lalu.

Beliau sebenarnya turut pernah mencetuskan kontroversi pada November lalu selepas beliau menjadi punca rakan sepasukannya dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir permainan pada ketika itu.

Pemain Ini Dilayangkan Kad Merah Paling Mengarut Dalam Sejarah Dunia Bola Sepak

Pengadil perlawanan dalam saingan liga bola sepak Norway telah melayangkan kad merah kepada salah seorang pemain, atas kesalahan bergaduh dengan rakan sepasukannya sendiri.

Dengan pasukan mereka sedang mendahului, penjaga gol dan pemain pertahanan bergaduh sesama sendiri di minit-minit akhir permainan, hingga menyebabkan salah seorang dari mereka dihukum buang padang.

Viking FK sedang menunggu wisel penamat dibunyikan, untuk mengesahkan kemenangan 3-2 mereka menewaskan Kristiansund.

Mereka pada ketika itu dua kali ketinggalan dan berjaya untuk melakukan aksi comeback untuk memenangi perlawanan tersebut.

Veton Berisha menyamakan kedudukan pada minit ke-88 permainan selepas menyempurnakan sepakan penalti yang mereka menangi.

Sondre Bjorshol kemudiannya berjaya meledak gol kemenangan untuk Viking FK pada masa kecederaan permainan, untuk mengesahkan kejayaan mereka menundukkan Kristiansund 3-2.

Walau bagaimanapun, dengan tiba-tiba, David Brekalo dan Patrik Gunnarsson telah bertekak antara satu sama lain dan hampir saja untuk bertumbuk.

Apa yang lebih teruk lagi, insiden tersebut berlaku di minit-minit akhir permainan, dan mereka sepatutnya menunggu sahaja beberapa detik lagi untuk wisel penamat dibunyikan.

Brekalo bengang kerana beliau telah dimaki hamun oleh Gunnarsson dengan beliau kemudiannya dua kali menolak penjaga golnya itu tanda meluahkan kemarahannya.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Gunnarsson selepas ditolak, beliau merebahkan diri dengan penuh dramatik, dan turut memegang mukanya seolah-olah beliau baru ditumbuk.

Mungkin beliau fikir yang menolaknya itu merupakan pemain pasukan lawan, maka kerana itulah beliau menunjukkan reaksi berlebihan seperti itu, dengan harapan pengadil akan melayangkan kad merah kepada pemain lawan.

Pengadil perlawanan kemudiannya terus melayangkan kad merah kepada Brekalo atas kesalahan mengasari rakan sepasukannya itu.

Sangat malang untuk Brekalo, beliau dilayangkan kad merah pada ketika perlawanan hanya menunggu masa sahaja untuk ditamatkan.

Lebih malang lagi, beliau dilayangkan kad merah kerana pengadil terpedaya dengan helah dari rakan sepasukannya sendiri yang berlakon seolah ditumbuk.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga