Penjelasan Disebalik Kenapa Liverpool Tidak Diberikan Sepakan Penalti

Liverpool telah pun selamat kalah kepada Arsenal yang terus mengemudi carta Premier League dalam kemenangan penuh bergaya mereka 3-2 di Stadium Emirates.

Namun disebalik kemenangan Arsenal itu ada ketidakpuasan hati menebak penyokong Liverpool yang mula play victim bahawa mereka telah menjadi mangsa ketidakadilan pengadil.

Ada antara mereka terlupa mereka tewas kepada Arsenal namun nama Manchester United diratib di bibir mereka dan ada pula mula mengangkat Arsenal kini layak untuk menjadi calon juara.

Kelakar bukan terus mengiktiraf Arsenal sebagai hebat selepas menang ke Liverpool yang berada di tangg ke-10 liga.

Minggu ini menyaksikan beberapa kontroversi tercetus kerana sepakan penalti disebabkan tangan yang terkena bola atau bola terkena tangan.

Ada yang mendapat sepakan penalti dan ada pula yang dinafikan yang membuatkan penyokong mereka koyak dan meroyan seperti menimpa Liverpool.

Hantaran lintang Diogo Jota jelas kelihatan terkena tangan pemain pertahanan Arsenal Gabriel Magalhaes yang sedikit didepakan.

Pengadil perlawanan, Michael Oliver tidak memberikan sepakan penalti dan selepas Video Assistant Referee (VAR) membuat penilaian keputusannya masih sama dengan dengan keputusan awal Oliver.

Sebelum pergi lebih jauh untuk menjelaskan kisah bola terkena tangan Gabriel tanpa sepakan penalti diberikan mari kita melihat peratutan handball terlebih dahulu.

Undang-undang Handball Mengikut IFAB

Undang-undang handball (bukan bola baling) boleh dikatakan agak rumit kerana tidak jelas lantaran situasi itu melihatkan banyak pergerakan yang pantas samada bola dan juga pemain.

Namun setiap keputusan itu dicapai berlandaskan kepada beberapa peraturan asas yang menjadi rujukan pengadil sebelum keputusan dibuat atas pertimbangan merujuk pula kepada situasi di padang.

Menurut International Football Association Board (IFAB) adalah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang handball jika pemain:

1. Sengaja menyentuh bola dengan tangan/lengan mereka, contohnya menggerakkan tangan/lengan ke arah bola.

2. Menyentuh bola dengan tangan/lengan mereka apabila pemain telah melebarkan badan mereka menjadi lebih besar secara luar biasa.

Maksudnya pemain melebarkan badan adalah apabila pemain mengangkang habis kaki dan mengepak tangan untuk menghalang pasukan lawan, ketika melebarkan badan secara luar biasa itu bola terken kena tangan/lengan.

3. Menghalang gol lawan (yang pasti gol) dan terkena tangan/lengan mereka, walaupun secara tidak sengaja tetap dikira sebagai satu kesalahan.

Walaupun tak sengaja, dikira handball sebab pemain mengepak badan secara luar biasa (besar). Harap kau faham la, kalau tak faham boleh rujuk di sini.

Mengapa Liverpool Tak Dapat Penalti?

Pada awalnya jika dilihat kepada situasi Gabriel itu, penalti pasti dalam tangan Liverpool kerana lengan Gabriel berada dalam posisi luar kebiasaan dan bola pula jelas terkena lengan.

Keputusan awal Michael Oliver adalah tiada penalti diberikan dan pemeriksaan VAR juga tidak mengubah keputusan awal Oliver.

Bagaimanapun, Premier League mengesahkan kepada The Athletic bahawa penalti tidak diberikan kerana jarak Gabriel yang dekat dengan bola, dengan pertahanan Arsenal itu dianggap tidak mempunyai masa untuk bertindak balas terhadap hantaran lintang Jota.

Walaupun tangan Gabriel berada dalam posisi luar biasa namun Gabriel tidak membuka badannya secara luar biasa untuk memenuhi syarat sah penalti nombor 2.

Untuk syarat sah nombor 3 tiga pula tidak boleh membina kes untuk penalti kerana itu adalah hantaran silang yang belum pasti golnya.

Maka keputusan Michael Oliver tepat dan tiada kecurangan begitu juga dengan VAR kerana keputusan ini berlandaskan kepada asas syarat sah handball.

Situasi bola terkena tangan Gabriel tidak cukup kuat membina kes untuk sepakan penalti menurut penilaian Oliver dan VAR.

BACA:  Terlepas Mahkota Eropah, Liverpool Tetap Teruskan Parade Arak Piala FA & Piala Carabao Hari Ini