Penunjuk Perasaan Ini Jadi Viral Selepas Jatuh Dari Gawang

Seorang penyokong cilik Manchester United yang menyertai himpunan tunjuk perasaan hingga menceroboh padang Old Trafford telah menjadi viral selepas terjatuh dari gawang.

Himpunan pada awalnya berlangsung aman bertukar menjadi agresif dilaporkan hampir 10,000 orang hadir dan 200 orang pula telah memecah masuk ke Old Trafford.

Mereka masuk sambil menyanyi dan menyalakan suar dengan pelbagai warna di tengah padang sambil membawa sepanduk penentangan kepada keluarga Glazer.

Insiden paling mencuri tumpuan adalah aksi seorang penunjuk perasaan yang masih remaja memanjat tiang gol dan bersidai di atas jaring mungkin menikmati suasana dalam stadium ketika itu.

Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah remaja ini yang entah faham ke tidak apa yang terjadi sambil tersenyum girang memegang telefon pintar.

Ketika mahu turun daripada jaring selepas tenang bersenang-lenang di atas kayangan sebiji bola telah ditendang ke gawang dan menerjah jaring.

Impak dari tejahan jaring itu telah budak itu jatuh tersungkur ke tanah dan pantas menjadi bualan ramai lalu viral.

Ramai yang terhibur dengan aksi tenang remaja itu menikmati suasana sebelum jatuh ke tanah.

Budak itu kemudian dirakam berlari kearah rakannya yang mula meninggalkan padang sambil tersengih-sengih. Mungkin terasa puas hati.

Ada juga yang telah membuat satu tendangan basikal ke gawang di hadapan Stretford End yang ikonik dan mungkin rakaman ini akan dimuat naik ke TikTok.

Pada mulanya penceroboh ini dijangkakan akan masuk secara aman untuk seketika sebelum beredar selepas mesej yang mahu mereka sampaikan kepada keluarga Glazer tercapai.

Namun sebaliknya terjadi apabila ada yang mula bertindak agresif dengan merosakkan kaki pemegang kamera dengan mencampak ke tanah.

Tiang bendera sepakan penjuru juga telah dilarikan dan bola perlawanan juga telah hilang mungkin dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Kerana pencerobohan ini keadaan padang telah rosak selepas diperiksa oleh penjaga padang (Groundsman) tindakan kerana vandilisme banyak kerosakan lain terjadi.

Perusuh telah berjaya menerobos masuk ke stadium Old Trfford melalui salah satu pintu masuk bersebelahan Terowong Munich dengan melepasi penghadang dan pengawal keselamatan.

Masih menjadi tanda tanya bagaimana perusuh boleh masuk dan siasatan masih dijalankan.

Sejak Glazer mengambil alih pemilikan kelab pada 2005 kebencian terus hadir kerana keluarga Glazer memperoleh pemilikan kelab secara licik dan keji.

Sejak menjadi pemilik Machester United keluarga Glazer telah mengambil duit kelab lebih daripada Β£1 bilion dan kelab terpaksa menanggung hutang yang tidak berkesudahan.

Agak berbeza dengan pemilik kelab yang lain yang tidak menyentuh duit kelab dan digunakan untuk membayar hutang serta membentuk pasukan menjadi lebih mantap.

Apa yang dilakukan oleh keluarga Glazer tidak salah sebenarnya kerana kelab milik mereka dan itulah yang tidak disukai penyokong.

Selepas bersaranya Sir Alex Ferguson, Glazer gagal untuk mengekalkan status Manchester United sebagai kelab yang digeruni di Eropah dan terperosok ke Europa League.

Kemuncak kebencian ini selepas Manchester United telah bersetuju menyertai liga haram, European Super League dan menjadi founding club (lebih kurang pengasas).

Keputusan ini merupakan keputusan 100 peratus dari keluarga Glazer yang tidak diketahui oleh pemain, pengurus atau penaja.

Semua yang berada di kelab hanya mengetahui penyertaan Setan Merah hanya melalui media, namun Manchester United telah menarik diri dua hari kemudian.

Joel Glazer meminta maaf dan mengakui ini semua keputusan beliau seorang, Ed Woodward meletakkan jawatan dan kegembiraan buat penyokong Setan Merah.

Namun keluarga Glazer perlu keluar dan Glazer dilaporkan mahu menjual kelab dengan harga Β£4 bilion.

Hutang ini bermula apabila hartawan Amerika Syarikat, Malcolm Glazer membeli kelab ini melalui satu pinjaman bank sebanyak Β£800juta pada 2003.

Dengan jumlah faedah sebanyak Β£60juta setahun, Selepas 17 tahun, kelab Manchester ini masih tenang membayar hutang dengan pendapatan purata sebanyak lebih USD500 juta setahun.

Dah la hutang tak habis tenang keluarga Glazer rembat tahun demi tahun hingga mencecah lebih Β£1 bilion

BACA:Β  Media Sepanyol Dedah Man Utd Diam-Diam Risik Ancelotti Ganti Ten Hag