Penyampai talkSPORT Terdiam Mendengar Lelaki Ini Maki Hamun Keseluruhan Skuad Manchester United

Salah seorang penyokong Manchester United tular hari ini selepas beliau meluahkan kemarahan beliau dengan memaki hamun keseluruhan skuad setan merah.

Penyokong Man Utd yang bernama Paul itu menghubungi talkSPORT untuk meluahkan kemarahan beliau, dengan memaki hamun keseluruhan kelab dari pimpinan, pemain hingga ke penyokong sendiri.

Manchester United melalui musim yang sangat sukar pada musim ini dengan mereka telah memecat pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer pada awal bulan lalu.

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, Michael Carrick dilantik sebagai pengurus sementara dan kini pihak kelab telah mengumumkan Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab.

Setan merah pada ketika ini berada di kedudukan kelapan dalam saingan Premier League dan ramai yang percaya era baru Manchester United baru hendak bermula.

Walau bagaimanapun, ada seorang penyokong setia Man Utd yang tidak merasakan hal yang sama, dengan Paul tampil memaki hamun keseluruhan kelab.

Paul menghubungi talkSPORT dan meluahkan kemarahan beliau dengan bercakap tentang situasi pada ketika ini dan turut memaki hamun kelab, pemain, penyokong dan pundit.

Ketika ditanya adakah akan ada apa-apa kesan seandainya pengurus baru tiba, Paul menyatakan bahawa:

“Dengar sini, kita ada skuad yang sangat teruk dan langsung tak seimbang. Permulaan musim ini begitu ramai orang yang beritahu saya yang kita akan mencabar kejuaraan liga. Bilangan pundit yang bercakap tentang itu sangat memalukan.”

“Mereka tak nampak kelemahan yang ada dalam skuad ini dengan kita ada pemain yang kesemuanya ada corak permainan berbeza, separuh dari mereka kita tak perlukan pun. Ia sangat memalukan.”

Paul kemudiannya menghentam vice chairman kelab, Ed Woodward yang berangan-angan mahu melantik pengurus janka masa panjang, dengan keadaan kelab pada ketika ini.

Solskjaer mengharungi tiga tahun sebagai pengurus dan hasilnya beliau langsung tidak mampu membantu kelab memenangi apa-apa, dan hal itu membuatkan Paul berfikir yang pengurus dari Norway itu sepatutnya sudah lama ditendang keluar.

Beliau kemudiannya menegaskan tentang pelantikan Ralf Rangnick dan menyatakan kekeliruan beliau tentang apa peranan sebenar pengurus dari Jerman itu nanti.

“Tak ada istilah pengurus jangka masa panjang, ia hanya ada pengurus jangka masa pendek yang sentiasa menang, kamu kena faham benda itu, tidak kira siapa kamu bawa masuk, jika dia gagal, kamu tak perlu tunggu sampai tiga tahun, kamu perlu tendang dia keluar.”

“Saya langsung tak faham dengan pelantikan Rangnick ini.”

Sambung Paul lagi.

“Jika dia adalah Sporting director, jadikan dia director bola sepak. Jika dia pengurus, jadikan dia pengurus. Jangan buat benda mengarut.”

“Dia mungkin akan jadi sesuatu yang hebat atau mungkin akan hancurkan kelab ini. Ia antara dua itu sahaja. Untuk kelab yang pernah diuruskan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini, yang sudah tidak bermaya, ia merupakan pelantikan yang luar biasa. Saya berharap dia hebat, sudah tentu saya berharap begitu.”

Bercakap tentang keseimbangan skuad pada ketika ini, Paul kemudiannya menyasarkan kenapa para pundit seperti Gary Neville yang tak henti-henti memuji barisan pemain sekarang.

“Ia adalah keputusan mengarut dari sebuah kelab bola sepak yang tak ada arah tuju tapi mereka sepertinya merasakan yang mereka sedang ada dalam skuad yang sangat hebat. Bawa masuk orang baru terus hebat, Gary Neville berfikir begitu, Roy Keane juga berfikir begitu.

Beliau turut membantai pemain pertahanan United seperti Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Luke Shaw kerana tidak menunjukkan tahap permainan yang baik.

Luke Shaw antara yang paling teruk dihentam dengan beliau menganggap bintang England itu hanya cemerlang selama enam bulan sahaja bersama kelab, selepas lapan tahun menjadi pemain Manchester United.

“Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka yang orang kata pemain berkelas dunia, semua itu sampah, sampah. Mereka hanya pertahanan berkelas liga Championship, secara statistiknya dia adalah pemain paling teruk dalam premier league sekarang, dan saya rasa dia dah relegate empat kali.”

“Luke Shaw enam bulan cemerlang dari lapan tahun dia dengan kelab, lapan tahun, sebab dia cemerlang masa Euro semua orang puji dia hebat, hebat, lapan tahun dia dengan kelab, enam bulan saja dia hebat.”

Jelas beliau dalam keadaan beremosi.

“Para pundit kelakar, kekurangan ilmu pemain dalam skuad jelas, dan ya penyokong juga sangat kelakar.”

Jim White, Danny Murphy dan Simon Jordan kesemuanya nampak terkedu mendengar luahan dari Paul dengan mereka seolah-olah tak mampu untuk menafikan walau satu pun hujah dari penyokong United itu.

Beliau meluahkan kemarahannya dan adil untuk katakan yang Paul sebenarnya bercakap berdasarkan fakta dan beliau tidak hanya meletakkan kesalahan pada seseorang individu sahaja.

Mungkin kerana apa yang beliau katakan itu semuanya berasas, maka para penyampai talkSPORT hanya mampu ketawa dan bersetuju sahaja dengan kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulutnya.

Manchester United akan kembali beraksi pada awal pagi nanti untuk bertemu Arsenal dengan Michael Carrick akan turun mengendalikan kelab kerana urusan visa Ralf Rangnick masih belum berjaya diselesaikan.

Rangnick berkemungkinan akan mula bertugas ketika aksi bertemu Crystal Palace nanti, atau mungkin akan lebih lama dari itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho: Hazard Dialu-alukan Untuk Menyertai Manchester United