Penyelesaian Kepada Masalah Leicester City

Juara Liga Perdana Inggeris yang tidak dijangka musim lepas, Leicester City kini hanya berada satu mata di atas zon penyingkiran setelah tewas kepada 2-0 Swansea City malam kelmarin. Ini merupakan kekalahan kelima berturut-turut dalam liga untuk Leicester City bagi tahun 2017. 9 bulan lepas, mereka berjaya menjulang trofi. Adakah hikayat mimpi indah mereka akan bertukar menjadi mimpi ngeri? Apakah yang berlaku sebenarnya kepada pasukan juara ini?

Penyokong Leicester City sekarang in…

Barisan Pertahanan Yang Lemah

Barisan pertahanan yang diketuai ketua pasukan Wes Morgan bersama Robert Huth gagal bermain dengan baik sepanjang musim ini. Perpindahan Kante ke Chelsea pada awal musim memberi kesan yang ketara kepada pasukan Leicester City. Ketiadaan pemain yang mampu memintas serangan pihak lawan di bahagian tengah menyebabkan barisan pertahanan mereka mudah dibolosi.

Pada perlawanan menentang Swansea kelmarin, gol pertama adalah disebabkan kegagalan Robert Huth melakukan tandukan clearance ke tempat yang lebih selamat. Ketika gol kedua pula, Wes Morgan dilihat berjalan dan tidak kembali ke posisi pertahanan. Adakah disebabkan faktor usia atau kurang minum Pamoga Qu Puteh?

Jentera Serangan Yang Kurang Berfungsi

Ke mana hilangnya mreka ini?

Jentera serangan Leicester City masih gagal menjaringkan sebarang gol untuk tahun 2017. Penyerang utama Leicester City. Jamie Vardy masih lagi bergelut prestasi sendiri pada musim ini. Beliau hanya mampu menjaringkan 5 gol untuk musim ini berbanding 24 gol pada musim lepas.

Pemain yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA musim lepas, Riyad Mahrez hanya berjaya menjaringkan 3 gol musim ini berbanding 17 gol pada musim lepas. Pemain-pemain lain seperti Danny Drinkwater dan Marc Albrighton juga gagal menghasilkan peluang untuk Jamie Vardy menjaringkan gol.

Claudio Ranieri Perlu Dipecat?

Pengurus, Claudio Ranieri juga mengaku pasukan mereka mengalami masalah “Selalu dibolosi dan tidak mahu menjaringkan gol”. Mungkin mereka masih dibayangi kenangan manis menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lepas dan dihadiahkan kereta mewah. Selain itu, jadual perlawanan yang ketat di peringkat Eropah dan juga peringkat domestik menyebabkan pemain keletihan. Maklumlah, pemain-pemain Leicester tidak biasa bermain banyak-banyak piala.

Mungkin sudah terlambat untuk memecat Pakcik Ranieri bagi baki saingan liga. Apa yang mereka boleh lakukan ialah memberi persembahan terbaik dan cuba mengumpul sebanyak mana mata yang boleh untuk mengelakkan daripada tersingkir. Selepas ini, mereka akan menentang Milwall dalam Piala FA dan perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Sevilla.

Kau bayangkan kalau Leicester City tersingkir musim depan? Apa akan jadi kepada Kelab Penyokong Leicester City Malaysia? Takkan nak bubar betul tak?

Baca Juga

Baca Juga