Penyerang : Kenalkah Anda Dengan Peranan-Peranan Berikut?

Penyerang merupakan salah satu komponen dalam permainan bola sepak di atas padang. Secara asasnya, tugas penyerang adalah untuk menjaringkan gol tanpa mengira sama ada dilakukan secara individu ataupun secara berkumpulan.

Namun, masa berlalu dan zaman berubah. Tugas dan peranan seorang penyerang itu berubah mengikut keadaan dan situasi. Dahulunya, penyerang banyak menghabiskan masa di ‘final third’, menantikan bola yang sempurna tiba kakinya.

Kini, penyerang juga banyak bergerak keluar dari zon serangannya untuk menyokong bahagian tengah dan pertahanan. Oleh itu, mari kita kenali ciri-ciri yang ada pada penyerang klasik dan penyerang moden!

Penyerang Klasik – Penjaring Gol Penuh Gaya!

Penyerang klasik merupakan penyerang yang lebih cenderung untuk tidak terlibat secara langsung dengan pergerakan pasukan dan gemar untuk menghabiskan masa mereka untuk berada di ‘final third’ sambil menunggu bola untuk tiba di kawasan itu. 

Kita boleh kelaskan penyerang-penyerang klasik ini kepada tiga jenis penyerang, iaitu :

1. Poacher/Fox-In-The-Box

‘Poacher’ atau ‘Fox-In-The-Box’ pastinya satu peranan yang menjadi kegilaan para penggemar permainan video ‘Football Manager’/’Pro Evolution Soccer’. ‘Poacher’ merupakan sejenis penyerang yang sangat lemah pada zahirnya; secara fizikal tetapi sangat progresif dan bijak ketika bola berada di kaki mereka. Kenapa?

Mereka memiliki kebijaksanaan untuk mengeksploitasi sebarang ruang kosong yang diberikan pertahanan dan  penjaga gol walaupun sekecil zarah. Jika bola di kaki mereka, terdapat lebih daripada 90% kemungkinan bahawasanya bola itu bakal menerjah gawang gol.

Malangnya, mobiliti dan kepantasan bukanlah sebahagian daripada diri mereka. Mereka lebih gemar untuk berada di dalam kotak penalti sehinggakan mereka cenderung untuk dihukum ofsaid berulang-ulang kali.

Contoh pemain terkenal : Filippo Inzaghi (Pengurus Venezia FC), Safee Sali (PKNS FC)

2. Target Man

‘Target Man’ merupakan sejenis penyerang yang banyak menghabiskan masa dengan berlegar-legar di kawasan ‘final third’ sambil menantikan bola untuk masuk ke kawasan tersebut. Mereka memiliki kekuatan fizikal yang bagus seperti mobiliti, kepantasan dan kawalan bola.

Mereka amat menggemari permainan bola sepak berorientasikan ‘route one’/ ‘fast coutter-attacking’ di mana mereka boleh bergerak bebas sambil menunggu bola ngam-ngam jatuh di hadapan mereka. Namun, mereka tidaklah seprogresif dan setajam penyudah ‘poacher’ di hadapan gawang gol.

Zlatan Ibrahimovic | Gambar : WallDevil

Contoh pemain terkenal : Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Ahmad Hazwan Bakri (Johor DT)

3. Penyerang Klasik Lengkap (Complete Forward)

Seperti namaya, ‘complete forward’ merupakan nama lain bagi penyerang tulen sejati. Mereka mampu menjaringkan gol secara progresif, menggelecek bola dengan baik dan mampu bergerak dengan pantas serta licik. Mereka adalah simbol kepada penyerang di zaman Pele dan Maradona.

Edson ‘Pele’ Nascimento | Wallpaper Cave

Contoh pemain terkenal : Pelé (Brazil), Robert Lewandowski (Bayern Munchen, Poland)

Penyerang Moden – Penyerang Penuh Muslihat

Skop tugas penyerang moden masih sama iaitu menjaringkan gol tetapi mereka hanya menjaringkan gol pada kadar minima sahaja. Kebanyakan masa mereka dihabiskan menerusi tekanan kepada pemain pertahanan lawan atau menunggu bola kedua. Berikut merupakan dua jenis penyerang moden yang wujud pada hari ini :

1. Defensive Forward 

Nama mereka sendiri sudah cukup untuk menggambarkan apa yang mereka lakukan di atas padang. ‘Defensive Forward’ merupakan sejenis penyerang yang berperanan untuk menekan pemain pertahanan lawan bagi memberi sokongan kepada rakan penyerang untuk menyerang.

Mereka juga cenderung untuk menarik keluar pemain pertahanan lawan keluar dari zon bertahannya dan membuka ruang bagi pemain serangan lain masuk menerusi ruang yang terbuka itu.

Mereka terkenal dengan kekuatan fizikal mereka dan stamina mereka yang kuat umpama menelan sebotol pil kuda.

Dirk Kuyt | Gambar : DeviantArt

Contoh pemain terkenal : Dirk Kuyt (Belanda)

2. Deep-Lying Forward

Jika pemain seperti Xabi Alonso terkenal dengan peranannya sebagai ‘deep-lying playmaker’ di bahagian tengah, Steven Naismith pula terkenal dengan peranannya sebagai ‘deep-lying forward’. Penyerang sebegini banyak berada di kawasan sekitar ‘mid-final third’.

Mereka berperanan untuk menjadi penyambung kepada kedua-dua bahagian (tengah dan serangan) dan juga ditugaskan untuk menyudahkan bola kedua/muntah daripada pihak lawan.

Mereka bukanlah penyerang yang kuat fizikalnya tetapi berpotensi apabila bola berada di kakinya.

Steven Naismith | Gambar : DeviantArt

Contoh pemain terkenal : Steven Naismith (Norwich City)

Kekeliruan – ‘Deep-Lying Forward’ v 9 Jadian v Trequartista, Target Man Atau Poacher?

“Poning Kopalo Den!” | Gambar : Masa Kecederaan!

Terdapat beberapa kekeliruan yang berlaku dalam kalangan peminat bola sepak moden seperti perbezaan di antara ‘deep-lying forward’, 9 jadian (False 9) dan Trequartista. Apa yang membezakan ketiga-tiga peranan tersebut?

Jawapan paling ringkas bagi persoalan di atas ialah tugas mereka apabila di atas padang. ‘Deep-lying forward’ sangat cenderung untuk menyudahkan bola berbanding 9 jadian yang sememangnya bukanlah penyerang dan sangat cenderung untuk menghantar bola kepada rakan mereka.

Trequartista pula gambaran kepada gabungan perancang + penyerang dan tugas mereka ialah menghantar bola kepada rakan mereka sebelum bertindak untuk menyudahkan bola tersebut.

Terdapat juga kekeliruan dalam menentukan peranan sebenar penyerang tersebut.

Contoh paling nyata ialah Romelu Lukaku (Manchester United). Beliau menepati ciri-ciri seorang penyerang berperanan ‘target man’ memandangkan beliau memiliki kekuatan fizikal yang baik.

Namun, beliau bermain seperti seorang ‘poacher’. Apakah peranan beliau? ‘Target Man’ yang bersifat ‘poacher’!

Baca Juga

Baca Juga