Penyerang Sevilla Troll Liverpool di Twitter

Penyerang Sevilla Wissam Ben Yedder yang menjaringkan dua gol ketika Sevilla membuat kebangkitan luar biasa untuk mengikat Liverpool selepas ketinggalan 3 gol tanpa balas pada separuh masa pertama telah membuat satu Tweet yang kelakar.

Kebangkitan Sevilla ini mengimbau kembali kenangan yang sangat sinonim dengan pasukan Liverpool power this is our year iaitu kebangkitan Istanbul.

Ben Yedder memulakan aksi kebangkitan Sevilla dengan menjaringkan dua gol sebelum, Guido Pizarro menjaringkan gol kemenangan dramatik pada minit akhir perlawanan.

Penyerang Sevilla itu telah memuat naik gambar beserta kapsyen du Twitternya yang berbunyi :

“Harap AC Milan menontonnya.”

Tweet Ben Yedder ini merujuk kepada kebangkitan agung Liverpool di perlawanan akhir menentang AC Milan pada 2005, di mana Liverpool bangkit dari ketinggalan 3-0 untuk menjulang Trofi.

Baca Juga

Baca Juga