Penyokong Arsenal percaya yang pengadil perlawanan, Stuart Attwell memainkan peranan penting yang menyebabkan Gabriel Martinelli terlepas peluang keemasan ketika aksi bertemu Manchester City malam semalam.
The Gunners terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Man City dalam aksi saingan Premier League di Emirates.
Martinelli berpeluang untuk membantu Arsenal kembali di hadapan selepas Riyad Mahrez memadam gol pendahuluan Gunners yang dijaringkan oleh Bukayo Saka.
Let’s blame Martinelli’s miss when the referee LITERALLY blocks him. https://t.co/f4yb9sfzUf pic.twitter.com/Ih3QkTyPTt
— Connor Humm (@TikiTakaConnor) January 1, 2022
Arsenal berjaya mendominasi aksi 45 minit pertama dalam perlawanan ini, namun hanya satu gol sahaja yang berjaya mereka hasilkan.
Manchester City kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Riyad Mahrez hasil dari sudut sepakan penalti pada aksi babak kedua permainan.
Pada awalnya, ramai yang menganggap ia merupakan aksi dungu dari Martinelli yang boleh terlepas kesempatan menjaringkan gol dari kesempatan seperti itu.
Gabriel Martinelli had more touches in the opposition box (5) and completed more take-ons (3) than any other Arsenal player in the first half vs. Man City.
He also had more shots than any other player on the pitch (3). 🇧🇷 pic.twitter.com/rSOdLl9X9p
— Squawka Football (@Squawka) January 1, 2022
Sebaik menyamakan kedudukan City dilihat berpotensi untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini dengan mereka tidak henti-henti melancarkan siri serangan ke kubu Gunners.
Walau bagaimanapun mereka sebenarnya hampir sahaja melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan gawang mereka dibolosi dengan gol sendiri yang paling kelakar.
This man gets so much shit over him but he puts his heart out every time he steps on the pitch for us and saved us with a crucial clearance today, show some respect for Nathan Aké. pic.twitter.com/u184RkOlTI
— Finn 🇳🇱🌪 (@MCFC_Finn) January 1, 2022
Mujur saja Nathan Aké muncul menyelamatkan keadaan dengan melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh menakjubkan.
Ruben Dias dan Ederson hampir sahaja berganding bahu untuk menghasilkan gol paling kelakar tahun 2022 yang baru sahaja masuk hari pertama semalam.
Dias melihat Ederson keluar dari kawasan gol untuk menyelamatkan bola, namun entah apa ada dalam fikirannya, beliau menanduk bola itu melepasi kepala penjaga gol dari Brazil itu.
Ketika bola sedang melantun menuju untuk masuk menerjah jaring gawang gol mereka sendiri, kedua-dua Ederson dan Dias hanya mampu melihat sahaja bola itu bergerak sambil menunjukkan reaksi kecewa.
Namun begitu, Nathan Aké tidak menyerah dan menunjukkan kualiti hebat yang beliau miliki, dengan beliau berusaha mengejar bola tersebut dan menghalangnya dari masuk ke gawang gol mereka sendiri.
Beliau sempat mengeluarkan bola betul-betul berhampiran garisan gawang gol, dengan bola tersebut kemudiannya pergi tepat ke arah Gabriel Martinelli.
Credit to Stuart Attwell, he's shown serious pace and determination to get in front of Martinelli there. Top-class defending. pic.twitter.com/8urdIFlvnh
— Paddy Power (@paddypower) January 1, 2022
Malang untuk Arsenal, berbanding tap in bola ke dalam gawang gol, Martinelli memilih untuk melepaskan rembatan yang meliar melepasi gawang gol lawan.
Martinelli dihentam teruk oleh kebanyakkan peminat kerana mensia-siakan kesempatan emas seperti itu.
This Nathan Ake clearance 👏👏👏#ARSMCI pic.twitter.com/UVfmNsE2dy
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) January 1, 2022
Walau bagaimanapun, sebaik tularnya satu video yang menunjukkan sisi pandangan berbeza terhadap insiden itu, pergerakan Martinelli sebenarnya dihalang oleh pengadil perlawanan.
how can the ref set a screen on Martinelli before his missed chance??? pic.twitter.com/qhD35YDECL
— Sai Descoteaux (@knickthoughts) January 1, 2022
Attwell dilihat turut sama masuk ke dalam kotak penalti dan berada di hadapan Martinelli sebelum beliau sedikit berundur dan menyebabkan pergerakan bintang Brazil itu terhalang.
Kerana sudah dihalang, Martinelli terpaksa terus melepaskan rembatan dan kerana beliau terpaksa mengelilingi pengadil sebelum dapat menerima bola, maka kualiti penyudahnya juga jelas hambar.
Para peminat di media sosial mula menyalahkan Attwell sebagai punca mengapa Martinelli gagal untuk menjaringkan gol dari kesempatan emas itu.
“Mari salahkan kegagalan Martinelli itu berpunca dari pengadil yang sudah hilang akal dan menghalang larian dia.”
“Dah kenapa pengadil pun sama bergerak masuk ke dalam kotak penalti macam Frank Lampard di kemuncak kariernya? Martinelli sudah tentu boleh menjaringkan gol seandainya pengadil tidak berada di sana. Dia punca bola boleh gol jadi tak gol.”
Why is the referee moving into the box like prime Lampard? Martinelli should've scored anyway, but if the referee wasn't there he has a much much better chance. Probably even takes with his right foot. I am absolutely fuming. https://t.co/Vvl4Muld4W
— LTArsenal™ (@ltarsenal) January 1, 2022
“Pengadil perlawanan dengan tiba-tiba menghalang larian Martinelli dan menyebabkan dia boleh terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol dari kesempatan macam itu.”
Beberapa minit selepas insiden itu, Gabriel Magalhaes pula dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Gabriel Jesus.
Aksi babak pertama dalam perlawanan ini memperlihatkan bagaimana pengadil turut dipersalahkan kerana menafikan sepakan penalti yang sepatutnya dimenangi oleh Martin Odegaard yang mendakwa beliau dikasari oleh Ederson.
Ehm… turns out I was wrong after all: Odegaard shouldn’t have had a penalty in the first half. He STEPPED on Ederson’s foot.
Fair play to the ref and VAR 👏 pic.twitter.com/mnWybIr4Eb
— Real Talk Manchester City (@RealTalkMCFC) January 1, 2022
VAR kemudiannya menilai semula insiden tersebut dak mengesahkan yang Ederson tidak melakukan sebarang kesilapan untuk memberikan sepakan penalti kepada Arsenal.
Arsenal sebenarnya jelas lebih mendominasi aksi dalam perlawanan ini, dengan Pep Guardiola sendiri turut mengakui bahawa anak-anak buahnya tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.
“Arsenal lebih bagus”
Jelas Pep Guardiola kepada BT Sport.
“Mereka ada enam hari selepas kejayaan menewaskan Norwich, kami ada dua hari sahaja. Ia sangat sukar untuk kami bersaing dalam perlawanan ini.”
“Kami tiada tenaga. Kerana itu kami meletakkan seorang pemain tambahan di bahagian tengah untuk memberi kawalan lebih ketat dan membantu membuat hantaran.”
Martinelli scores if he doesn't have to run around the ref to get to the ball pic.twitter.com/0RSpJFl0QM
— Des Moines Gooners (@DSM_Gooners) January 1, 2022
“Kami tahu dalam transisi dan fizikaliti, mereka memang ada dan ia sangat sukar untuk kami.”
Rodri berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Manchester City pada minit ke-92 permainan, seterusnya mengukuhkan kedudukan The Citizens di puncak saingan Premier League.
Man City pada ketika ini selesa mendahului saingan Premier League dengan kelebihan 11 mata di hadapan Chelsea yang sedang berada di kedudukan kedua.
Sumber: SPORTbible