Penyokong Arsenal Berharap Pada Pukki

Penyokong Arsenal kini berharap agar Teemu Pukki akan menunaikan kata katanya. Di mana penyerang antarabangsa Finland yang bernama  unik itu telah berjanji akan membantu kelabnya Norwich untuk menang aksi terakhir mereka.

Bagi Pukki, dia tak rela melihat pasukannya menamatkan saingan di tangga tercorot.

Lalu Pukki berikrar akan memperagakan aksi terbaiknya di hadapan para pemain Spurs. Beliau mahu memberikan kemenangan buat penyokong mereka yang hadir menyaksikan aksi Pukki berhadapan dengan lawannya secara langsung di atas padang.

Prestasi Pukki dalam musim ini tidaklah seperti ketika Pukki mula beraksi di EPL sebelum ini. Di mana dia menjaringkan gol sesuka hatinya tanpa sebab.

Pukki baru sahaja dinobatkan pemain terbaik kelabnya untuk musim ini. Dia masih menjadi nadi penting untuk Norwich.

Arsenal mengharapkan Norwich mengalahkan Spurs dalam perlawanan terakhir dan pada masa yang sama mereka harus menang.

Arsenal meletakkan diri mereka bagai telur di hujung tanduk selepas mereka kalah dalam dua perlawanan berturut turut sebelum ini.

Membuatkan mereka kehilangan kelebihan untuk berada di 4 teratas. Yang merupakan slot untuk ke UCL musim hadapan.

Arsenal sudah gagal ke UCL sejak 2016/17. Musim ini membawa harapan yang tinggi selepas prestasi cemerlang mereka sebelum ini. Kemudian Arsenal melepaskan 3 kekalahan berturut turut. Sama seperti yang mereka lakukan pada pembukaan musim.

Arsenal bangkit semula menewaskan Chelsea dan Manchester United. Itu yang membuka semula harapan Arsenal. Kerana selalunya mereka gagal menang dalam aksi big six dalam liga.

Siapa sangka selepas itu Arsenal tewas di tangan Spurs. Dalam aksi yang memberikan harapan kepada Spurs memintas mereka.

Minggu berikutnya, mereka menunjukkan aksi hambar berdepan Newcastle dan kalah lagi. Impak dua kekalahan itu terlalu besar ditanggung Arsenal menjelang aksi terakhir musim ini.

Untuk ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan, Arsenal berharap Tottenham kalah dalam perlawanan terakhir mereka.

Jadi, Teemu Pukki menjadi nama yang diharap akan dapat membantu Arsenal.

Seorang peminat Arsenal, Spina Wibwami menyatakan bahawa sudah tiba masanya mereka mempercayai proses Pukki pula.

Ianya selepas Pukki berkata: “Misi kami pada perlawanan terakhir ini adalah untuk menamatkan saingan di tangga ke-19. Dan kami mahu menang di tempat sendiri sebab dah lama dah tak menang.”

“Kami mahu menunjukkan persembahan yang bagus pada Ahad ini dan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini.”

Malah ada peminat Arsenal sudah menggunakan DP Norwich dan penuh harapan bahawa Pukki akan dapat menjadi wira Norwich dan Arsenal dalam usaha menendang Spurs keluar daripada UCL.

Adakah Spurs akan tergelincir pada perlawanan terakhir ini? Pastinya ia bukan pilihan yang bagus untuk Conte.

Pengurus itu pastinya tak rela kehilangan slot ke UCL pada hari terakhir.

Sementara itu Arsenal juga pasti harus sedar bahawa mereka menentang Everton yang masih bertarung untuk mengelak penyingkiran pada musim ini.

Ini kerana skuad  bimbingan Frank Lampard itu hanya 2 mata di zon selamat. Takkanlah Arsenal nak membantu legenda Chelsea itu pula terus kekal di EPL bersama kelabnya. Selepas minggu lalu membantu Chelsea layak ke UCL secara automatik sebaik sahaja mereka kalah di tangan Newcastle.

Itu kisah yang tidak mahu didengari penyokong Arsenal yang biasanya melaungkan trust the process ketika menang dan Arteta Out ketika kalah.

Arteta baru sahaja dihadiahkan kontrak baharu baru baru ini.

Baca Juga

Baca Juga