Penyokong Arsenal Desak Kelab Turunkan Pemain Wanita Ketika Aksi Bertemu Chelsea

Para penyokong Arsenal telah memberikan cadangan yang boleh dianggap di luar kotak pemikiran manusia normal, dengan mereka mahu pihak kelab menurunkan pemain wanita untuk beraksi bersama skuad lelaki.

Vivianne Miedema telah menjaringkan banyak gol untuk skuad wanita Arsenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan para peminat Gunners kini menggesa kelab agar menurunkan pemain wanita itu bersama skuad lelaki.

Ia kerana mereka mahu membantu Mikel Arteta untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan skuadnya.

Pemain kebangsaan Belanda itu telah menjaringkan 93 gol dari 99 perlawanan sejak menyertai Arsenal dan beliau juga merupakan penjaring terbanyak WSL dengan menjaringkan 60 gol dari 67 penampilan.

Sementara saingan musim baru Women’s Super League masih belum bermula, pemain penyerang itu telah membuktikan yang beliau merupakan penyerang wanita terhebat dunia ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Miedema menjaringkan 10 gol dari hanya empat penampilan sahaja bersama skuad kebangsaan Belanda, seterusnya memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak wanita dalam satu temasya Sukan Olimpik.

Kehebatannya itu telah menyebabkan para penyokong Arsenal percaya yang beliau akan mampu bermain bersama skuad lelaki, dan bakal memberi impak yang hebat.

Apa lagi peminat Arsenal merasakan jentera serangan mereka pada ketika ini sangat tumpul, maka kehadiran pemain seperti Miedema sangat diperlukan.

Kedua-dua Pierre Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette dilaporkan tidak akan diturunkan pada aksi hujung minggu ini bertemu Chelsea, kerana mereka sedang ‘sakit’.

Pemain pengganti, Folarin Balogun sama sekali gagal memberikan impak dan tidak bermain ditahapnya yang terbaik ketika diturunkan bertemu Brentford kemarin.

Oleh yang demikian, kebanyakkan peminat mula menyuarakan pendapat masing-masing dan mencadangkan agar Miedema diturunkan ketika aksi bertemu Chelsea nanti.

Salah seorang peminat kemudiannya berkongsi satu petition yang menggesa supaya Vivianne Miedema dibenarkan untuk beraksi bersama skuad lelaki Arsenal hujung minggu nanti.

Walau petition itu palsu, namun ternyata ramai penyokong Arsenal yang benar-benar mahu hal tersebut menjadi kenyataan.

Peminat Arsenal juga yakin yang Miedema akan berjaya membina gandingan yang sempurna bersama bintang Scotland, Kieran Tierney andai mereka beraksi bersama.

“Adakah apa-apa peraturan yang akan membenarkan Vivianne Miedema untuk beraksi bersama skuad lelaki Arsenal Ahad ini? Dia boleh jaringkan hat-trick ketika bertemu Chelsea. Kieran Tierney akan menghulurkan bola cantik kepada Miedema.”

Ramai juga peminat yang berkongsi gambar Miedema memperagakan jersi away Arsenal di laman twitter dengan menulis pelbagai caption menarik.

“Bila kamu mahu melakukan debut bersama skuad lelaki? Kami memerlukan kamu sekarang.”

“Kami semua yakin kamu akan menjadi penyerang yang hebat, kamu sememangnya penyerang terhebat yang kami miliki ketika ini.”

“10 lagi pemain lelaki akan melindungi kamu, tugas kamu jaringkan gol sahaja. Cepat lakukan debut kamu.”

“Jangan terkejut kalau dia mampu mencabar kedudukan sebagai penjaring terbanyak nanti.”

Begitulah komen-komen dari para penyokong Arsenal yang berharap agak Miedema diturunkan ketika aksi bertemu Chelsea nanti.

Perlawanan pertama untuk skuad wanita Arsenal nanti juga dijadualkan akan bertemu Chelsea di Emirates Stadium.

Kedua-dua Aubameyang dan Lacazette tidak akan diturunkan pada aksi minggu ini

The Blues merupakan juara bertahan saingan WSL, namun kehadiran Miedema jelas akan memberi semangat dan tenaga tambahan kepada skuad Arsenal untuk terus memberi saingan kepada Chelsea.

Agak mengejutkan untuk melihat penyokong Arsenal mampu untuk memberikan cadangan seperti ini, dan ia jelas membuktikan yang jentera serangan mereka sememangnya bermasalah pada ketika ini.

Sumber: GMS

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 3-1 Aston Villa