Penyokong The Bavarian telah merentasi sempadan ke Brussels, Belgium bagi menyaksikan juara Bundesliga itu memastikan tempat mereka ke pusingan kalah mati dengan menjadi pasukan 16 terbaik.
Mereka bukan sahaja datang untuk menyaksikan perlawanan tapi turut sama dalam misi melakukan protes kerana Anderlecht telah menjual tiket perlawanan dengan harga yang tinggi iaitu €100.
#BayernMunich fans protest the high (away) ticket prices charged by #Anderlecht with sign and throwing fake cash to pitch. #UCL #sportsbiz pic.twitter.com/k9QKcjffH8
— Dr. Vassilis Dalakas (@DrSportBusiness) November 22, 2017
Sebagai tanda protes penyokong Bayern Munich telah membaling duit palsu ke padang dan dalam masa sama membawa sepanduk yang dibaca bunyinya seperti berikut :
“Is your gr€€d now satisfied?”
—-
“Puas hati dengan ketamakan korang?”
Bayern Munich fans protest against Champions League ticket prices for away games pic.twitter.com/JLbrtwErwo
— Mark Lovell (@LovellLowdown) November 18, 2017
Bermacam-macam lagi kain rentang dibawa bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan harga tiket €100 bersamaan dengan RM486.43 mengikut tukaran wang negara kau.
Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Bayern Munich berjaya menewaskan Anderlecht 2-1 hasil jaringan mesin gol mereka, Robert Lewandowski dan Corentin Tolisso.