Penyokong Chelsea bersorak nama Roman Abramovich ketika detik satu minit penghormatan untuk Ukraine menjelang aksi pertemuan Chelsea bertemu Burnley.
Hal itu jelas membuatkan ramai pihak bengang dan mengecam tindakan penyokong Chelsea yang dianggap tak bertamadun itu.
Walau bagaimanapun, masih ramai sebenarnya yang menyokong apa yang dilakukan oleh para penyokong Chelsea kerana memberi sokongan serta penghargaan kepada bekas pemilik kelab mereka.
Thomas Tuchel slams Chelsea fans over Roman Abramovich chants https://t.co/yymJrchNLq pic.twitter.com/Ldz8RhT7MD
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 5, 2022
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich akhirnya memutuskan untuk menjual Chelsea selepas mendapat ugutan dari pihak kerajaan UK yang mahu merampas kelab darinya.
Pihak kerajaan UK mengugut Roman Abramovich kerana beliau dianggap orang kuat Presiden Rusia, Vladimir Putin yang kini sedang ada masalah dengan Ukraine.
Bekas pemain dan penyokong Chelsea turut dihentam kerana mereka menyatakan sokongan secara terbuka kepada billionaire dari Rusia itu.
Jelas sekali kem Chelsea terhutang budi dengan Roman Abramovich yang banyak melabur dana kepada kelab dalam membantu The Blues menjadi antara kelab paling berjaya dalam dunia bola sepak.
Sebelum aksi sepak mula di Turf Moor malam semalam, para pemain dari kedua-dua pasukan berdiri di tengah padang sebagai tanda memberi solidariti kepada Ukraine.
Good on Thomas Tuchel for criticising the Chelsea fans who sang Roman Abramovich's name during the minute's applause for Ukraine.
"It’s not the moment to do this, to give other messages. We do it for the people of Ukraine and there is no second opinion about the situation."
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) March 5, 2022
Walau bagaimanapun, para penyokong Chelsea menggunakan waktu tersebut untuk bersorak nama Roman Abramovich dengan penyokong Burnley kemudiannya mencemuh mereka.
Para penyokong Chelsea jelas tidak gembira kerana mereka terpaksa kehilangan pemilik kelab terhebat dunia kerana isu tersebut.
Legenda kelab, Pat Nevin kemudiannya tampil menghentam para penyokong Chelsea dan menganggap mereka meluahkan rasa sedih di tempat yang salah.
Pretty disgusting from Chelsea fans as they chant Roman Abramovich's name during the show of respect for Ukraine. pic.twitter.com/lG7u058nw4
— Graeme Bailey (@GraemeBailey) March 5, 2022
Minutes applause in solidarity with Ukraine at Turf Moor – Chelsea fans chant 'Roman Abramovich' over the top of it.
— Simon Evans (@sgevans) March 5, 2022
Not sure if it was picked up on TV coverage but during the show of solidarity for Ukraine here at Turf Moor, Chelsea supporters started up a Roman Abramovich chant.
Which, let's face it, is pretty stupid and distasteful.
— Adam Newson (@AdamNewson) March 5, 2022
Crowd at Turf Moor stands and applauds to show solidarity with Ukraine. Chelsea fans interrupt with chants of 'Roman Abramovich, Roman Abramovich'.
— Oliver Holt (@OllieHolt22) March 5, 2022
Chelsea fans chant “Roman Abramovich” during an applause to show solidarity to Ukraine.
Roundly booed by Burnley fans #chelsea— James Robson (@jamesrobsonES) March 5, 2022
John Terry merupakan antara bekas pemain yang paling teruk dihentam kerana menunjukkan rasa terima kasih beliau kepada Roman Abramovich.
“Minta maaf pun salah?” – Penyokong Chelsea pertahankan John Terry yang dikritik teruk
Hanya kerana memuat naik gambar Roman Abramovich dan menulis ucapan terima kasih, John Terry teruk dihentam oleh pelbagai pihak.
Salah seorang ahli politik, Chris Bryant tampil menghentam John Terry kerana memuat naik gambar bersama Roman Abramovich di laman media sosial miliknya.
Bekas ketua pasukan Chelsea itu memuat naik gambar tersebut sebagai tanda terima kasih beliau kepada Roman Abramovich.
"This is appalling."
John Terry has been criticised by Labour MP Chris Bryant for a social media post in which he described Roman Abramovich as “the best" following the announcement that he has put Chelsea up for sale.
More 👇https://t.co/5rwJDiLIMo
— Standard Sport (@standardsport) March 3, 2022
Jelas sekali tujuan utama beliau melakukan hal tersebut selepas billionaire dari Rusia itu mengesahkan yang beliau mahu menjual kelab.
Abramovich mengesahkan yang beliau akan menjual Chelsea selepas 19 tahun beliau menjadi pemilik kelab, dan membantu menaikkan The Blues menjadi pasukan gergasi dalam saingan Premier League.
LOL…What next? Go for the trophies we won under #RomanAbramovich ? pic.twitter.com/9GPXjVvgDC
— M👠 (@peasoftheworld) March 3, 2022
Melihat John Terry memuat naik gambar tersebut berserta ucapan “Yang Terbaik” , Chris Bryant tampil menyebut nama John Terry di Parlimen dan menghentam tindakan legenda Chelsea itu.
“Saya tak tahu adakah kamu lihat ini atau tidak, tapi hari ini, John Terry memuat naik gambar dia bersama Abramovich yang mana dia adalah kroni Vladimir Putin, apa yang orang-orang Ukraine akan fikir tentang bekas ketua pasukan England itu?”
Bukan hanya ahli parlimen itu seorang sahaja, namun ramai lagi sebenarnya pihak yang turut sama menghentam muat naik John Terry itu.
Kebanyakan dari mereka merasakan tindakan Terry itu sebenarnya dosa besar dan mereka turut menganggap legenda Chelsea itu seolah-olah menyokong keganasan yang dilakukan oleh Rusia.
Bryant sendiri turut memuat naik status membalas muat naik dari John Terry dengan menulis:
“Ini mengerikan. Saya rasa John Terry, kamu patut padam ini segera. Orang-orang di Ukraine sedang dibom, disiksa dan dibunuh, sementara kamu meraikan Abramovich.”
Hal itu jelas sekali membangkitkan kemarahan segelintir penyokong Chelsea, yang merasakan media, ahli politik dan mereka yang menghentam Terry itu sebagai golongan yang keterlaluan.
The 2007/08 UEFA awards:⠀
⠀
■ Chelsea's Petr Čech: Best goalkeeper⠀
■ Chelsea's John Terry: Best defender⠀
■ Chelsea's Frank Lampard: Best midfielder⠀
■ Man Utd's Cristiano Ronaldo: Best forward⠀
⠀
Total Premier League dominance. pic.twitter.com/7nEzLthH2r— Mystery Shirt in a Box (@shirtinabox1) March 3, 2022
“Saya tak rasa tindakan John Terry perlu dikecam, sejak bila Roman Abramovich jadi musuh kita? Sebab dia orang Rusia? Sebab dia pendukung Putin? Sumbangan dia untuk Chelsea dan Terry sendiri memang besar.”
“Sebab tu politik jangan bawa masuk dalam bola sepak, Terry buat benda betul, dia ucap terima kasih kerana dia kenang budi, dia bukan ucap terima kasih pada Rusia tapi pada bekas pemilik kelab dia, Roman Abramovich.”
“Tidak kah mereka semua rasa yang mereka sudah keterlaluan? Muat naik Terry dibincangkan di Parlimen? Sudah tak ada isu lain mahu dibincangkan?”
“Orang Ukraine tak peduli tentang muat naik Terry, mereka sendiri tahu legenda mereka, Andriy Shevchenko sendiri orang kuat Roman.”
John Terry has labelled Roman Abramovich "the best owner in the world" in a reaction to the Chelsea chief announcing that he is putting the club up for sale after nearly two decades in charge. pic.twitter.com/GSXEsA1pyw
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) March 3, 2022
The English are so hypocritical. So John Terry can’t say thank you to Abramovic who was a massive part of his career? The same Russian that brought the Ukrainian Shevchenko to Chelsea? Same English that allow the Saudis buy one of their historical clubs and pose with the Queen?
— Imoh (@ImohUmoren) March 3, 2022
Chris Bryant – "what will the people of Ukraine think of the former England football captain" 👏 pic.twitter.com/ARY6C7xIK1
— Haggis_UK 🇬🇧 🇪🇺 (@Haggis_UK) March 3, 2022
Hi @RhonddaBryant you think the people of Ukraine care about John Terry when their national hero Andriy Shevchenko is even closer to Roman😂 pic.twitter.com/z9LBcG1Frn
— Charlie (@charIieFC) March 3, 2022
The reaction to this appears to be hysterical.
Why shouldn't John Terry salute the chairman of his club after the announcement of his intention to sell Chelsea?
Are all Russian people evil now? Isn't that somewhat prejudicial? https://t.co/rkAqJ6KbpG
— Irreverend: Faith and Current Affairs (@IrreverendPod) March 3, 2022
Sepertinya sokongan yang diberikan kepada Ukraine semakin menjadi-jadi dan sudah agak keterlaluan.
Jelas sekali tiada masalah sepatutnya untuk John Terry yang pernah bekerjasama dengan Roman Abramovich sepanjang kariernya di Stamford Bridge, mahu menghargai jasa billionaire dari Rusia itu.
Satu hal yang pasti, beliau bukan suka-suka memuat naik gambar dan status tersebut, namun beliau melakukan hal itu selepas Roman Abramovich rasmi akan melepaskan Chelsea.
Bukan hanya John Terry, malah para pemain dari skuad Chelsea sekarang turut sama terkesan dengan pengunduran diri Roman Abramovich.
Segelintir penyokong juga sangat-sangat menghargai jasa dan sumbangan Roman Abramovich dan sudah tentu mereka berada di belakang John Terry dalam hal ini.
Ketika Roman Abramovich mengesahkan yang beliau tidak akan menuntut hutang kelab bernilai £1.5 billion, rata-rata penyokong Chelsea tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya.
I’ve never felt such amount of sadness before 😔
Didier Drogba, Frank Lampard, John Terry,Branislav Ivanović, Peter Cech, Eden Hazard and now Roman Abramovich.
Nobody would understand how these people made my entire childhood by just seeing them on my screenThank You Roman❤️😔 pic.twitter.com/dtt1W1N5f8
— Derek || Nft’s𓅓 (@Derek_Nfts) March 2, 2022
Adakah ucapan terima kasih itu dianggap menyokong tindakan Rusia? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SPORTbible