Penyokong City Teruja Lihat Mahrez Dan Haaland ‘Party’ Bersama Di Mykonos

Peminat Manchester City yakin yang Riyad Mahrez ketika ini sedang membantu kelab untuk memujuk penyerang handalan dunia, Erling Haaland untuk sertai The Citizens.

Hal ini mula dibangkitkan selepas melihat Mahrez ada bersama dengan Haaland sedang berhibur bersama di Mykonos.

Haaland sebelum ini hangat dikaitkan bakal menyertai Manchester City dengan banyak laporan yang menyatakan City sangat berminat untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund itu.

Spekulasi berkait perpindahan Haaland menyertai City hangat diperkatakan pada penghujung musim lalu, namun belum ada sisi positif yang menunjukkan ia akan berlaku.

Segelintir penyokong Man City turut percaya yang mereka ketika ini sedang mendahului perlumbaan untuk mendapatkan bintang berusia 20 tahun itu.

Hal ini semakin hangat diperkatakan selepas melihat hubungan akrab antara Erling Haaland dengan bintang Manchester City, Riyad Mahrez.

Telah tular satu video di media sosial ketika ini yang mana dalam video tersebut, Haaland dilihat sedang berhibur bersama Mahrez sambil menikmati masa cuti mereka.

Video tersebut telah menyebabkan penyokong Man City semakin teruja dan bertambah yakin yang Haaland bakal menyertai mereka musim panas ini.

Ramai yang beranggapan bahawa Mahrez sedang menjalankan tugasnya sebagai ejen City untuk memujuk Haaland ke Etihad musim panas ini.

“Ejen Mahrez sedang menjalankan tugas dia, sangat gembira melihat perkembangan terkini isu berkait perpindahan Haaland.”

“Lepas balik bercuti, Mahrez akan bawa Haaland ke Etihad dan terus buat medical.”

“Mahrez buat kerja dia dengan sempurna. Jangan terkejut kalau lepas ini Fabrizio Romano tulis ‘here we go’ untuk Haaland ke City.”

“Mahrez benar-benar bekerja keras, waktu cuti pun dia bekerja.”

Haaland juga dilaporkan ketika ini sedang dipantau oleh Chelsea, Manchester United dan Barcelona untuk ditandatangani pada musim panas ini.

Beliau merupakan prospek masa depan yang baik untuk kelab dengan mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Sepanjang musim lalu, bintang kebangsaan Norway itu telah berjaya menjaringkan 41 gol dari semua pertandingan.

Walaupun Haaland sendiri sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau akan sentiasa menghormati kontraknya, namun harus diingat, ejen beliau jarang bersikap sedemikian.

Segalanya mungkin akan berlaku, beliau mungkin akan kekal, dan mungkin juga akan meninggalkan Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun begitu, adakah benar Mahrez sedang berusaha untuk memujuk Haaland? Atau Mahrez sedang intai peluang untuk beraksi dalam saingan Bundesliga?

BACA:  Hanya Seorang Pemain PSG Tidak Sertai Pemain Lain Mengajuk Haaland