Penyokong di Belanda Merusuh Selepas Kelab Terlepas Menjuarai Liga

Bandar Rotterdam di Belanda menjadi kawasan panas petang semalam dan semuanya kerana bola sepak. Pasukan bandar tersebut, Feyenoord Rotterdam tewas mengejut kepada pasukan setempat, Excelsior sekaligus menyebabkan mereka terlepas untuk mengesahkan kejuaraan dengan baki satu perlawanan.

Apa yang peliknya, Feyenoord masih lagi di tangga teratas liga dengan kelebihan satu mata!

Dalam perlawanan derby Rotterdam tersebut, Feyenoord tewas 0-3 kepada pasukan di tangga pertengahan liga, dan seandainya mereka menang perlawanant tersebut, kejuaraan Eredivisie sudah sah milik mereka. Namun anak buah Giovanni van Bronckhorst bermain dengan penuh longlai dan bagaikan sedang bermimpi lantas kesempatan ini diambil Excelsior.

“Bro, tak kan aku sorang tolak van ni!” kata brader gemuk berbaju sejuk hitam ini

Apa yang menambahkan kemarahan penyokong Feyenoord lagi, seteru utama, Ajax Amsterdam pula membelasah Go Ahead Eagles untuk meletakkan pasukan ibu negara tersebut satu mata sahaja di belakang Feyenoord.

Secara matematiknya, Ajax masih mampu menjuarai liga pada perlawanan terakhir jika mereka menang ke atas Willem II dan Feyenoord tewas kepada Heracles.

Sepatutnya penyokong memukul van polis dengan menggunakan kon, bukan baling sampah.

Disebabkan terlalu marah, penyokong telah melepaskan kemarahan mereka di jalanan dan telah bertempur dengan pasukan polis.

Penyokong-penyokong yang hilang kewarasan ini telah menyerang van polis, membakar suar, mengotorkan bandar dan membaling botol arak dan kerusi terhadap pihak polis.

Kerusi dibaling

Tapi tak pasti ada atau tidak penyokong yang mencuri kamera wartawan televisyen.

Pihak polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan menahan 30 orang kepala pengat yang menjadi dalang kepada rusuhan.

Ketika perlawanan berlangsung, 50,000 penyokong telah berkumpul di luar stadium untuk menonton di skrin besar sambil menjangkakan pasukan mereka bakal menjulang piala pada hari tersebut namun terkpaksa pulang hampa selepas jaringan daripada Nigel Hasselbaink, Stanley Elbers dan Ryan Koolwijk memberikan Excelsior tiga mata.

Sumber berita : Dream Team

Baca Juga

Baca Juga