Penyokong ‘Ditahan’ di Tengah Padang, Cermin Bas Pecah Sulami Aksi Kelantan Menentang Perak

Kontroversi telah tercetus sekali lagi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan kali ini melibatkan perlawanan antara tuan rumah, TRW Kelantan FC menentang pasukan yang baru keluar daripada kemelut kewangan, Perak FC.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, para penyokong pasukan pelawat terpaksa dikumpulkan di tengah padang dan tidak dibenarkan keluar terlebih dahulu oleh petugas di stadium, atas faktor keselamatan.

Laman Facebook Perak The Yob telah berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan sekumpulan penyokong terpaksa berkumpul setempat di bahagian gol dan di dalam kotak penalti.

Difahamkan bahawa mereka berada di tempat tersebut buukan untuk mengambil gambar kenangan mahupun mengambil selfie.

Para penyokong Perak turut dilaporkan tersekat di dalam stadium sehingga malam seperti yang dilaporkan oleh sebuah laman Facebook penyokong Kelantan.

Dalam pada itu, laman Facebook tersebut turut memuatnaik gambar cermin bas yang membawa pemain Perak FC yang dilaporkan telah pecah dipercayai akibat dibaling batu.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Daripada tinjauan kami di bahagian komen, kedua-dua penyokong saling tuduh menuduh di mana penyokong Kelantan mendakwa penyokong Perak yang memulakan provokasi terlebih dahulu manakala penyokong Perak pula mengatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

Sebelum itu, perlawanan diwarnai dengan aksi pelik seorang pemain import Perak FC yang menggunakan teknik buang masa yang terkini apabila dia telah berjoget lalu bergolek pada hujung-hujung perlawanan.

Pemain TRW Kelantan FC dan penyokong mereka hanya menjadi saksi melihat provokasi dari pemain lawan tanpa sebarang tindakbalas. Mereka masih tidak koyak.

Semuanya bermula dengan kecederaan yang dialami Wan Zack Haikal ketika mengejar bola hantara Indra Putra Mahayuddin namun berjaya dikeluarkan oleh Khairul Helmi Johari untuk sepakan penjuru.

Wan Zack Haikal yang sudah berada di luar padang masuk kembali selepas bola dikeluarkan dan ketika pemain bersedia untuk sepakan penjuru Wan Zack Haikal terkulai.

Lalu bekas pemain Kelantan itu telah diberikan rawatan dan terpaksa diusung keluar dan ketika inilah sesuatu yang menarik terjadi.

Pemain import Perak, Sunday Kolawole Afolabi telah menari-nari berdekatan pemain Kelantan, Latif Suhaimi yang pada masa yang sama berhadapan dengan penyokong Perak yang hadir ke Stadium.

Sunday Kolawole Afolabi berjoget sakan mengangkat tangan kiri dan kanan tetapi Latif Suhaimi tenang sahaja melihat aksi tidak profesional dan berbentuk provokasi itu.

Ketika Sunday Kolawole Afolabi meneruskan tarian sambil meloncat-loncat kakinya tersentuh kaki Latif Suhaimi dan pemain import Perak itu terus rebah.

Satu simulasi hebat dilakukan oleh Sunday Kolawole Afolabi dengan berguling-guling bergolek-golek di depan gawang Kelantan hampir 7-9 kali bergolek barulah berhenti.

Pemain Kelantan memerhati dengan pandangan kecik besar kecik besar sahaja aksi itu tanpa sebarang tindak balas.

Sunday Kolawole Afolabi kemudian bangun dengan lakonan buruknya sambil memegang kaki seperti tercedera, selepas keadaan kembali tenang perlawanan kembali bersambung.

Sunday Kolawole Afolabi meneruskan provokasi dengan terus menari dihadapan pemain Kelantan.

Jurulatih Perak, Yusri Che Lah nyata tidak gembira dengan sikap Sunday Kolawole Afolabi dan meminta pemain itu supaya fokus dan lebih profesional.

Pasukan penuh bermasalah dan kini sudah mempunyai pengurusan baru, Perak berjaya menghadirkan Kelantan kekalahan kedua musim ini dalam perlawanan ke-14 Liga Perdana.

Kelantan bermula garang dan terlebih dahulu berada di depan melalui jaringan Jasmir Mehat seawal minit kedua perlawanan.

Namun jaringan Jasmir Mehat tidak bertahan lama apabila apabila Perak melakukan aksi kebangkitan dan menyamakan kedudukan melalui Wan Zack Haikal pada minit ke-14.

Pada minit ke-20 Perak mendahului Kelantan apabila pemain pertahanan mereka, Khairil Helmi Johari menjaringkan gol sendiri.

Baki perlawanan kemudiannya dihiasi dengan aksi kecederaan dan lakonan untuk membuang masa terutamanya di separuh masa kedua yang hampir juga mencetuskan pergaduhan.

Kemuncak kepada aksi membuang masa ini adalah dari Sunday Kolawole Afolabi yang disertai dengan provokasi dan 7 minit masa kecederaan diberikan.

Kekalahan ini tidak menggugat kedudukan Kelantan dipuncak dengan 32 mata, 5 mata dihadapan JDT yang kurang satu perlawanan.

Perak mecatatkan kemenangan kelima mereka untuk berada ditangga ke-9 dengan 7 mata selepas mengalami pemotangan 9 mata.

BACA:  Zainal Anggap Kelantan Pasukan Misteri Di Bawah Jurulatih Baharu