Penyokong England telah bertindak liar dan ganas ketika meraikan kejayaan pasukan Tiga Singa mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas kali terakhir mara sejauh ini pada Piala Dunia tahun 1990.
England berjaya menewaskan Sweden dengan dua jaringan tanpa balas hasil tandukan daripada Harry Maguire dan Dele Alli pada peringkat separuh dan kemenangan terus menyemarakkan lagi penyokong England bersorak ‘It’s coming home’.
Para penyokong yang tidak dapat mengawal keseronokan dan kegembiraan serta berada dalam keadaan mabuk telah merosakkan dan hampir memusnahkan kedai perabot terkemuka dunia yang berasal dari Sweden, IKEA.
Penyokong England sememangnya terkenal dengan keganasan dan keraian yang liar ini sudah dijangka namun tidak serteruk ini dengan mulut huduh lagi berpuaka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Di Stratdord London sekumpulan penyokong yang hilang kawalan telah menceroboh salah satu cawangan IKEA kedai perabot dari Sweden itu dimusnahkan. Mereka melompat di atas katil membaling barang-barang seperti Setan.
A group of #England fans celebrating the teams 2-nil win over Sweden were filmed jumping on furniture and throwing things around at an #Ikea store in London. Staff at the Swedish-founded shop watched in horror as fans flooded in #WorldCup (video @KingMo786 ) pic.twitter.com/5yNV8XHUoW
— LBC News (@LBCNews) July 7, 2018
Pengawal keselematan IKEA telah dilaporkan cuba menghalang penyokong England meraikan di dalam kedai tetapi gila kau, nak mati? Kesesakan lalu lintas juga terjadi dari keraian ini dan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan amaran.
Dalam masa yang sama sebuah ambulans yang disediakan untuk kegunaan semasa kecemasan di London Borough Market telah rosak teruk kerana keganasan dan keraian yang liar ini dan tidak dapat digunakan lagi.
Penyokong Tiga Singa ini naik ke atas ambulans tersebut sambil menghentak dan melompat-lompat seperti kera dari yang berbadan sado sehingga bertetek lanjut. Malah ada antara mereka cuba menayangkan buah dada mereka yang lanjut.
Kenderaan yang digunakan untuk kes kecemasan itu mengalami kerosakan teruk di mana hampir kemek keseluruhan badan, cermin pecah dan tin-tin bir pula dilihat dibuang diatas ambulans tersebut.
The Joint Response unit telah mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme ini di media sosial:
“Nyata kami sangat gembira dengan keputusan petang ini tetapi tiada alasan untuk merosakkan kenderaan perkhidmatan kecemasan dengan melompat seperti kera.”
Obviously we are chuffed with the result this afternoon but there is absolutely NO excuse to vandalise emergency service vehicles by jumping on them..
This vehicle is now off the road and unable to respond to patients.
We are better than this England…. pic.twitter.com/ZvfG50zjkw— Joint Response Unit (@LAS_JRU) July 7, 2018