Penyokong Indonesia Berarak Masuk Ke Stadium Bukit Jalil Dengan Tenang

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Malaysia lawan Indonesia, malam ini pintu masuk stadium telah pun dibuka pada jam 4 petang tadi untuk para penyokong masuk mula masuk ke stadium.

Peruntukan tiket untuk penyokong Indonesia untuk perlawanan paling agung di dalam sejarah bola sepak dunia hanya sebanyak 4,500 keping sahaja dan dijual melalui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI).

Boleh disaksikan dalam video dibawah gelagat penyokong Indonesia yang bersorak dan menari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan aman damai, tenang dan tanpa provokasi nyata mereka gembira dan penyokong Malaysia menikmati nyanian mereka.

Ada antara penyokong Indonesia memegang kuntuman bunga di tangan tidak pasti samada itu satu hadiah daripada penyokong Malaysia atau mereka membawanya sendiri.

Dalam kalangan penyokong Indonesia ada juga membawa sepanduk yang memprotes Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia(PSSI) yang dikatakan menjadi punca kemerosotan Timnas Indonesia.

Page Harimau Malaya juga menjalankan kempen selamat datang Penyokong Indonesia bagi mengalu-alukan kedatangan mereka dalam perlawanan ini.

Kempen ini dijalankan selepas penyokong Malaysia teruk diserang ketika perlawanan berlangsung di stadium Gelora Bung Karno dan para pemain terpakas menaiki Barracuda.

Tiada balingan batu, tiada balingan air kencing dan provokasi ketika mereka hadir ke Bukit Jalil.

Sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga telah berpesan kepada semua penyokong supaya menjaga akhlak.

“Andalah hakikatnya pemain ke-12 Harimau Malaya. Amat diharapkan supaya kita dapat menjaga adab dan mempamerkan akhlak yang baik kepada para pemain dan penyokong pasukan pelawat nanti. Sokonglah sejiwa murni, elakkanlah provokasi, biarlah kita dicontohi dan disegani.”

“Semoga dengan asbab akhlak yang baik kita nanti, kemenangan akan berpihak buat Harimau Malaya. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi contoh yang terbaik yang akhirnya mengharumkan nama Agama dan Negara di mata dunia.”

Ini bukan kali pertama Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru penyokong Harimau Malaya supaya menampilkan akhlak yang baik.

Selepas Malaysia bangkit menewaskan Indonesia beberapa bulan lalu, nasihat yang sama telah diberikan.

“Di kesempatan ini juga ingin kami gunakan untuk menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai Tuan Rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti.”

“Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa Baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya Allah.”

Baca Juga

Baca Juga