Penyokong Indonesia Menuduh Penyokong Malaysia Memulakan Balingan Suar?

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang sentiasa panas lit-lit telah dicemari dengan insiden penyokong membaling suar(flare) pada separuh masa pertama dan kejadian ini sekali lagi berulang selepas tamat perlawanan.

Suar merupakan salah satu barang larangan untuk dibawa masuk ke dalam stadium. Seperti biasa, tetap berjaya diseludup masuk ke dalam stadium dengan jayanya tanpa rasa melekit.

Langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa ekoran kejadian rusuhan, serangan serta provokasi penyokong Indonesia ketika Malaysia menang penuh dramatik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kebimbangan wujud dan tidak boleh diambil ringan kalau-kalau ada segelintir penyokong yang mungkin mahu membalas dendam diatas apa yang terjadi di dalam perlawanan yang berlangsung tempoh hari.

Tibanya hari perlawanan segala kebimbangan sebelum perlawanan berlangsung lenyap, apabila penyokong Indonesia dilayan seperti mana tetamu lain yang bertandang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gelagat penyokong Indonesia yang bersorak dan menari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil boleh dilihat dengan aman damai, tenang dan tanpa provokasi nyata mereka gembira dan penyokong Malaysia menikmati nyanyian mereka.

Ada antara penyokong Indonesia memegang kuntuman bunga di tangan tidak pasti samada itu satu hadiah daripada penyokong Malaysia atau mereka membawanya sendiri.

Segala kempen yang dijalankan supaya penyokong Malaysia tidak mencetuskan sebarang provokasi yang boleh cetuskan perbalahan oleh laman bola sepak dan juga Mufti memberi impak positif.

Ada antara penyokong Indonesia memegang kuntuman bunga di tangan tidak pasti samada itu satu hadiah daripada penyokong Malaysia atau mereka membawanya sendiri.

Namun segalanya tidak berjalan dengan indah kerana tidak semua hati manusia ini sama.

Pada separuh masa pertama, Safawi Rasid meletakkan Safawi di hadapan menerusi sepakan percuma yang cantik menewaskan penjaga gol lawan selepas Safawi dijatuhkan di luar kotak penalti.

Akibat koyak pasukan kesayangan ketinggalan, penyokong Indonesia telah mula bertindak diluar kawalan dengan membaling suar kepada penyokong Harimau Malaya.

Keadaan menjadi agak panas dengan beberapa penyokong mulai bangun dan marah dengan apa yang berlaku. Pegawai keselamatan bertindak pantas untuk mengelakkan insiden yang lebih teruk dan tak diingini berlaku.

Kejadian tidak diingini terjadi lagi selepas tamat perlawanan satu lagi kekacauan oleh penyokong Indonesia dan kejadian balingan suar ke arah penyokong Malaysia terjadi lagi.

Gol rembatan padu yang membelah jaring gol nyata mengoyakkan jiwa-jiwa yang lemah penyokong Indonesia yang sedia lemah ditambah lagi dengan aksi tangan emas Farizal Marlias menyelamatkan sepakan penalti.

Kekoyakan demi kekoyakan membuatkan mental penyokong Indonesia terburai dan bertaburan sehingga ke Bima Sakti lalu mengembalikan sifat kebinatangan dalam diri mereka.

Penyokong Malaysia Memulakan Balingan Suar?

Usai tamat sudah perlawanan mula kedengaran tuduhan daripada penyokong Indonesia di media sosial bahawa penyokong Malaysia memulakan balingan suar dan mereka hanya mangsa keadaan yang bertindak balas kerana ditindas.

Media arus perdana di Malaysia melaporkan bahawa kejadian ini tercetus kerangan penyokong Indonesia membaling suar ke arah penyokong Malaysia.

Portal berita Republika telah melaporkan bahawa penyokong Malaysia yang memulakan balingan suar dan penyokong Indonesia bertindak balas dengan balingan semula ke penyokong Malaysia.

“Insiden itu terjadi di tengah-tengah pertandingan babak pertama. Diawali oleh pelemparan suar atau flare dari tribun suporter tuan rumah ke area yang berisikan pendukung Garuda.”

“Akan tetapi suar itu kemudian dilempar balik oleh kerumunan suporter Indonesia ke tribun para pendukung tuan rumah. Insiden itu tidak sempat menganggu jalannya pertandingan dan pasukan keamanan segera bertindak mengantisipasi agar situasi tidak semakin memburuk.”

Bukti video yang sekerat-sekerat menjadi bukti mereka bahawa mereka difitnah.

https://twitter.com/signaturemild_/status/1196792718019530752

Baca Juga

Baca Juga