Penyokong Juventus berkumpul di luar pusar perubatan milik Juventus sambil menyanyi: “Kami tidak mahukan Lukaku.”
Ia adalah sebagai tanda protes penyokong kelab berpengkalan di Turin itu selepas perkhabaran penyerang Chelsea itu akan berpindah ke kelab itu setelah tempoh pinjaman pada musim lalu di San Siro tamat.
Sebelum ini laporan mengatakan Lukaku menolak untuk kembali menyertai Inter selepas diletakkan di bangku simpanan di perlawanan akhir Champions League oleh Simone Inzaghi.
Penyernag berusia 30 tahun itu menjaringkan 14 gol di semua pertandingan pada musim lalu untuk Inter, namun prestasi itu jauh berbanding apa yang ditampilkannya ketika membantu Inter bergelar juara Serie A dua tahuh lalu.
Juventus fans outside the club's medical centre:
"We don't want Lukaku."
(via @TuttoMercatoWeb) pic.twitter.com/JqDSo2Zys5
— Get Italian Football News (@_GIFN) July 17, 2023
Selepas tidak berada di dalam skuad pra musim Chelsea pada musim panas ini, Lukaku dijangkakan akan menyertai Juventus dalam masa terdekat. Namun kini ia mendapat bantahan daripada penyokong kelab itu di Turin.
Sekumpulan penyokong The Old Lady berkumpul secara beramai-ramai di sebalik penghadang di luar premis milik Juventus dan tidak menyembunyikan perasaan mereka terhadap penyerang Belgium itu.
Tindakan penyokong Juventus tersebut tidak menghairankan kerana sejarah di antara mereka dan Lukaku sebelum ini.
Juventus fans aren't sitting on the fence over the signing of Romelu Lukaku 😳
— GOAL News (@GoalNews) July 17, 2023
Pada April lalu 171 penyokong Juventus diharamkan daripada memasuki stadium kerana didakwa berkelakuan tidak sepatutnya terhadap Lukaku ketika perlawanan di antara kedua-dua pasukan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Dipanggil dengan nama ‘m0ny3t, m0ny3t’, oleh penyokong Juventus dalam perlawanan tersebut, Lukaku kemudiannya turut dilayangkan kad kuning kedua dan arahan keluar padang kerana respon yang dilakukannya.
Hukuman terhadap Lukaku bagaimanapun dibatalkan oleh Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) selepas itu sekaligus membuatkan hubungan di antara penyokong Juventus dan Lukaku semakin keruh.