Penyokong Leicester City Bertempur Dengan Polis di Madrid, Berteriak ‘Gibraltar Milik British’.

Lapan penyokong Leicester City dari England telah ditahan polis Sepamyol selepas membuat kacau di Plaza Mayor di Madrid, menjelang pertemuan pasukan Musang tersebut menentang Atletico Madrid pada hari Rabu.

Dalam pertempuran tersebut, penyokong Leicester dilihat memperlakukan Madrid seperti bandar bapa mereka, di samping bersorak “Gibraltar milik kami” berulang kali.

Gibraltar merupakan sebuah Wilayah Seberang Laut British, dan dipimpin oleh seorang gabenor yang dilantik British. Nama Gibraltar berasal daripada perkataan bahasa Arab, Jabal Tariq (Bukit Tariq), dinamakan sempena nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Tariq bin Ziad yang telah berjaya menguasai kawasan berbukit di selatan Sepanyol ini ketika era Dinasti Umayyah.

Peta GIbraltar

Meskipun jauh dari Britain, pihak British enggan melepaskan wilayah ini, dan sering menjadi perebutan antara Britain dan Sepanyol. Beberapa minggu lalu ahli parlimen British dengan keras mengatakan mereka sedia berperang dengan Sepanyol demi wilayah ini.

Bukit Tariq

Orang politik kan? Tiada yang cerdik.

Mengenai pertempuran penyokong Leicester, pihak berkuasa tempatan berkata penahanan lapan orang warga Britain tersebut dilakukan kerana telah mencetuskan huru-hara dan tidak menghormati pihak polis.

Ketika kejadian berlaku, kira-kira 100 penyokong Leicester berada di tempat kejadian dan kekecohan bermula apabila pihak polis cuba meleraikan mereka daripada berkumpul.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama penyokong dari England mencetuskan masalah di tempat lawan.

Pada tahun lalu, kira-kira 50 penyokong Liverpool dan Sevilla bertempur di Basel, sebelum perlawanan akhir Piala Europa.

Penyokong Manchester City pula terpaksa bersembunyi di dalam sebuah bar Ireland di Seville, setelah mereka diserang oleh sekumpulan penyokong Sevilla pada tahun 2015.

Pada tahun 2007 pula, Tottenham Hotspur telah mendakwa bahawa polis Sepanyol telah memukul peminat mereka yang kelainan upaya ketika polis meleraikan penyokong Spurs dalam satu kekecohan di dalam stadium.

Menarik juga kalau England layak ke Piala Dunia di Russia nanti. Boleh kita saksikan penyokong England bertempur dengan penyokong Russia di sana.

Sumber :

1- Independent

2- Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga