Penyokong Liverpool sebenarnya perlu membimbangkan kedudukan Mo Salah pada ketika ini dengan beliau sehingga kini masih belum menandatangani perjanjian baru bersama kelab.
Hasrat beliau dan ejennya sendiri mahu memastikan Salah ditawarkan gaji lebih tinggi dan menjadi penerima gaji tertinggi kelab sebelum menandatangani perjanjian baru.
Setakat ini, masih belum ada apa-apa rundingan berkait hal tersebut, namun terdapat laporan yang menyatakan bahawa kedua-dua kelab dan pemain sangat tenang menghadapi situasi pada ketika ini.
Liverpool fans 'should be concerned' that Mohamed Salah has not signed a new deal, talkSPORT told #LFC
— talkSPORT (@talkSPORT) August 18, 2021
Ia kerana kedua-dua memutuskan untuk mahu melihat Mo Salah masih kekal di Anfield dan menjadi nadi penting dalam sistem serangan skuad.
The Egyptian King itu dilaporkan menerima gaji bernilai £200,000 seminggu dan kontraknya bersama kelab dikatakan masih berbaki dua tahun.
Ketika aksi kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Norwich sebelum ini, ejen Salah, Ramy Abbas Issa telah memuat naik status yang menyatakan bahawa:
“Saya harap mereka lihat ini”.
New season, but some things just don't change. @MoSalah remains Liverpool's talisman. If, or indeed when, he signs his new contract, he'll deserve every last penny. A special footballer. 🔴#LFC https://t.co/qJ8UdPXfKN
— Neil Jones (@neiljonesgoal) August 15, 2021
Tulis beliau selepas melihat persembahan Salah yang sungguh luar biasa menakjubkan di Carrow Road itu.
Bekas bintang Premier League, Trevor Sinclair mempunyai pendapat yang mana beliau percaya Salah sangat berperanan penting dalam skuad Liverpool dan beliau seharusnya menerima gaji lebih banyak berbanding Van Dijk yang ketika ini menerima £220,000 seminggu.
Dan ketika ditanya adakah penyokong Liverpool perlu risau dengan situasi kontrak Mo Salah, Ramy Abbas mendedahkan kepada White dan Jordan di studio talkSPORT bahawa:
“Mereka semua perlu beri perhatian.”
Liverpool’s next priority is a new contract for Mo Salah, they are confident the Egyptian will sign a renewal of his own following Van Dijk.
🏁 – [@neiljonesgoal] pic.twitter.com/cyq2BpXf1z
— The Anfield Alert 🔔 (@TheAnfieldAlert) August 13, 2021
“Bagi saya Salah merupakan pemain mereka yang paling bernilai, dengan beliau telah menjaringkan banyak gol secara konsisten dalam tempoh tiga ke empat tahun ini.”
“Saya ada pada hari perlawanan, ketika bertemu Norwich, dia merupakan pemain terhebat yang beraksi di Carrow Road, pemain terbaik di atas padang. Dia jaringkan gol dan terlibat dengan dua gol lain.”
“Dia merupakan nadi penting jika dilihat pada bagaimana skuad beraksi. Kedepan nanti dia sudah ada ciri kepimpinan. Dia berdiri di atas kaki sendiri.”
James Pearce when asked about Salah’s agents tweet and if it was directed at the club:
“I think it’s fair to assume that’s what he was getting at. Liverpool don’t need Ramy Abbas to point out to them how important it is to keep Mo Salah for the long term.” [The Athletic] #LFC pic.twitter.com/mSRilNfz8E
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) August 16, 2021
“Dia sememangnya seorang pemain yang hebat dan penjaring yang sungguh menakjubkan, jika Liverpool tidak mahu mengambil risiko kehilangan dia, maka mereka perlu menaikkan lagi gaji dia jadi yang tertinggi di kelab.”
“Saya rasa dia berhak, saya rasa Salah memang pemain terbaik mereka ada. Saya sangat yakin.”
“Kamu lihat siapa penerima gaji tertinggi di Liverpool, penerima gaji tertinggi mereka sekarang rasanya Van Dijk, dan salah perlu dapat lebih dari itu.”
“Dia penjaring utama, ia sebenarnya tugas yang sangat sukar untuk menjaringkan gol berbanding melakukan hal lain di atas padang dan dia buat semua itu dengan mudah.”
FSG know what is coming as Mohamed Salah agent sends Liverpool messagehttps://t.co/1tm6nbSvsZ
— I'm._A._Believer (@BelieveInKlopp) August 14, 2021
Salah tidak dinafikan lagi sememangnya berperanan penting dalam membantu Liverpool mencapai pelbagai kejuaraan utama dalam tempoh beberapa musim kebelakangan ini.
Beliau juga merupakan nadi penting ketika membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu untuk menewaskan Norwich 3-0 ketika aksi perlawanan pembukaan saingan liga musim ini.
Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan satu gol dan mencatatkan dua assists dalam perlawanan tersebut, seterusnya memecahkan rekod menjadi pemain pertama dalam sejarah Premier League yang berjaya menjaringkan gol dalam lima perlawanan pembukaan secara berturut-turut.
.@JamesPearceLFC on Salah's agent's tweet being directed at the club: "I think it’s fair to assume that’s what he was getting at. Liverpool don’t need Ramy Abbas to point out to them how important it is to keep Mo Salah for the long term.” pic.twitter.com/5fleYzdKHt
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) August 16, 2021
Sejak ketibaannya dari Roma pada tahun 2017, pemain penyerang itu telah berjaya menjaringkan 126 gol dan mencatatkan 49 assists dari 204 penampilannya bersama Liverpool.
Beliau turut berjaya membantu Liverpool menjuarai saingan Premier League, Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.
Jadi tidak hairanlah andai Liverpool akan bersetuju untuk menawarkan kontrak baru yang lebih lumayan dalam usaha mereka untuk memastikan Salah tidak akan meninggalkan Anfield.
Sumber: talkSPORT