Penyokong Liverpool Terpukau Lihat Ketenangan Van Dijk Ketika Bertemu Newcastle

Para penyokong Liverpool teruja dan terpegun melihat ketenangan Virgil Van Dijk ketika berdepan taktikal pressing Newcastle United ketika kedua-dua pasukan beraksi dalam saingan Premier League malam semalam.

Van Dijk menjadi nadi penting di posisi pertahanan Liverpool dalam aksi yang memperlihatkan pasukan pelawat berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 itu.

Kemenangan Liverpool menewaskan Newcastle secara tak langsung membantu anak-anak buah Jurgen Klopp itu untuk terus beri saingan kepada Manchester City untuk merebut gelaran liga.

Naby Keita berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini pada minit ke-19 permainan, dengan gol jaringan beliau itu membantu Liverpool mengutip tiga mata penuh.

Harus diakui yang Naby Keita turut menjaringkan gol yang sungguh cantik dan luar biasa menakjubkan untuk Liverpool dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, para penyokong sepertinya tidak begitu bercakap tentang gol tersebut dengan mereka lebih tertarik untuk membincangkan tentang kehebatan Van Dijk dalam perlawanan ini.

Telah berlaku satu insiden pada aksi babak pertama dalam perlawanan ini, yang mana Van Dijk ketika itu menunjukkan bagaimana hebat dan tenangnya beliau untuk menyerap asakan pemain lawan.

Allah Saint-Maximin dan Miguel Almiron dilihat cuba mengasak Van Dijk yang baru sahaja menerima bola dari Alisson Becker.

Kedua-dua pemain itu menekan Van Dijk dengan mereka sememangnya cuba bermain high pressing ketika bertemu Liverpool semalam.

Walau bagaimanapun, Van Dijk sepertinya langsung tak terkesan ketika di asak oleh kedua-dua pemain itu dengan beliau tetap berjaya melepaskan diri sebelum menghantar bola kepada Andy Robertson.

Van Dijk menggunakan kekuatan fizikal beliau serta ketenangan beliau untuk melepasi dua pemain itu dan para peminat benar-benar terpukau melihat kehebatan beliau itu.

Para peminat di media sosial hangat membincangkan hal tersebut di ruangan komen pada muat naik video tersebut dan ramai dari mereka yang menghamburkan pujian menggunung kepada Van Dijk.

“Ketenangan dia merupakan satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Dua pemain yang datang mengasak, tapi dia tetap bertenang dan dia berjaya melepaskan diri dari diasak oleh kedua-dua pemain itu.”

“Van Dijk bukan bermain dengan kanak-kanak, dia sedang bermain dengan pemain profesional yang nampak macam kanak-kanak ketika berhadapan dengan dia.”

“Dia langsung tak nampak risau, dia langsung tak nampak takut. Dia betul-betul tenang dan anggap dua pemain itu hanya datang kerana di bawa angin.”

“Saya rasa semua pemain lepas ni boleh cuba jauhkan diri dari Van Dijk andai kamu mahu melakukan pressing. Ia langsung tak beri apa-apa kesan.”

Bercakap menjelang aksi perlawanan yang menemukan Newcastle dan Liverpool itu, Rio Ferdinand tampil menghamburkan pujian menggunung kepada Van Dijk dan percaya bintang berusia 30 tahun itu sedang menikmati kariernya yang sungguh dasyat.

“Ada satu titik dalam karier kamu yang mana kamu rasa tak tersentuh, yang mana kamu boleh berdepan apa saja situasi, dan dia sekarang ada di kedudukan itu.”

Jelas Ferdinand di studio BT Sport.

“​Saya tnya dia adakah dia rasa lebih bagus ketika sebelum cedera atau selepas dan dia bawa saya untuk percaya yang dia sekarang sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.”

“Semuanya tentang konsistensi yang dia ada, tapi untuk beri impak dalam perlawanan besar dan memastikan keputusan kamu ambil tak merugikan, lebih kerap dia buat, lebih banyak impak dia tinggalkan dan lebih hebat jadinya dia.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Van Dijk Dianggap Satu-Satunya Pemain Mampu Matikan Langkah Haaland