Penyokong Liverpool Tersakiti Dakwa PGMOL Dan VAR Gagal Mainkan Fungsi Sebenar

Walaupun perlawanan tersebut berlangsung pada hujung minggu lalu, isu berkaitan mutu pengadilan Premier League dan peranan teknologi bantuan pengadil masih hangat diperkatakan, terutama oleh penyokong Liverpool.

Selepas jaringan Diaz dibatalkan skuad kendalian Jurgen Klopp tewas 2-1 kepada Spurs. Walaupun kekalahan Liverpool sebenarnya berpunca daripada gol sendiri Joel Matip di masa kecederaan, tindakan pengadil membatalkan jaringan awal Diaz bermakna topik ini akan dibincangkan selama berminggu-minggu oleh mereka yang tersakiti.

Terbaru salah sebuah kumpulan penyokong Liverpool yang tersakiti tampil membidas PGMOL selepas jaringan Luis Diaz tidak yang sepatutnya sah dibatalkan dalam perlawanan menentang Tottenham pada hujung minggu lalu.

Digelar Spirit of Shankly atau Roh Shankly, kumpulan itu mengeluarkan satu kenyataan berupa kumpulan cerpen panjangnya yang mempersoalkan pasukan VAR.

“Pasukan VAR adalah sebuah pasukan. Kenapa tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang menyedari kesilapan tersebut dan membetulkan keadaan?

“Di manakah konsistensi? Di manakah kedudukan garisan – garisan yang dilukis di setiap jaringan yang menjadi perdebatan? Kenapa tidak ada komunikasi?”

Itu antara soalan yang dilontarkan mereka. Berdasarkan penjelasan rasmi PGMOL, sebab utama pegawai VAR tidak mengubah keputusan membatalkan jaringan Diaz adalah kerana dia menjangkakan keputusan onside sudah dilakukan.

Kecuaian pegawai tersebut, Darren England yang dianggap berdosa besar dan kejam oleh mereka yang tersakiti menyebabkan beliau digantung untuk mengendalikan VAR pada perlawanan seterusnya membabitkan perlawanan Nottingham Forest menentang Brentford sebagai hukuman.

Ketua PGMOL Howard Webb turut memberikan respon terhadap insiden tersebut dan berkata ia tidak akan mengubah keputusan akhir perlawanan.

Ini membuatkan Roh Shankly mempersoalkan PGMOL sekali lagi.

“VAR dan PGMOL jelas tidak wujud untuk memenuhi peranan sebenar mereka. Akan ada siasatan dilakukan tetapi apakah keputusan akhirnya nanti? Ini bukan mengenai kesilapan individu, tetapi proses keseluruhan.”

“Kaedah peraturan VAR harus jelas, mempunyai set protokal – untuk offside, layangan kad, membuang masa, foto, dan ulang tayang yang mempunyai ketetapan tertentu agar mereka yang terlibat tahu apa yang mereka perlu lakukan.

“Satu sistem mengesan offside juga diperlukan untuk mengelak kesilapan manusia, agar keputusan yang subjektif boleh dielakkan.

“Ini kerana keputusan yang salah boleh memberikan akibat yang teruk.”

BACA:  Tanpa Salah Dan Mane, Jentera Serangan Liverpool Luar Biasa 'Barai'