Penyokong Man United Kena Scam, Bas Yang Ditahan Dan Dipancitkan Rupanya ‘Decoy’ Sahaja

Semalam penyokong Manchester United telah menyekat dan menghadang bas pasukan Liverpool dengan kereta mereka. Dan ramai yang tergelak melihat bas pasukan Liverpool kena hadang dan tayar dipancitkan.

Awalnya, ramai yang merasakan perlawanan akan ditangguhkan sekali lagi kerana pemain dan pegawai Liverpool mungkin tersekat lebih lama di jalanraya.

Tetapi sebenarnya penyokong Manchester United telah kena scam. Mereka telah menghadang bas yang salah. Bas tersebut hanyalah bas umpan yang kosong, hanya ada pemandu sahaja.

Oleh sebab itu pasukan Liverpool tiba di Old Trafford dengan selamat dan cerianya sambil menahan ketawa memikirkan bahawa pihak yang satu lagi tu memancitkan bas yang tak betul.

Bas sebenar adalah berwarna hitam dengan gaya mutu dan keunggulan.

Kenyataan yang sukar diterima. Kerana segalanya serba tak kena. Pablo yang menjadi batu api berkata: “Perlawanan dibatalkan. Kemudian diorang bermain dengan pasukan simpanan berdepan dengan Leicester, untuk simpan pemain bagi perlawanan malam ni. Lepas tu menahan pula bas yang salah. Menyanyikan tentang kebuluran dalam protes yang ditujukan kepada pemilik kelab, kemudian seluar kena londeh di halaman sendiri.”

“Tegak terus persetubuhan merah.”

Protes ke atas pemilik Glazers kembali lagi seperti Tora. Peminat United marah dengan pemilik mereka yang berketurunan Yahudi dan perangai merembat duit kelab tanpa segan silu.

Di atas padang, Manchester United sekali lagi terkena harapan palsu selepas mendahului 1 gol awal. Di mana mereka kalah 2-4 pada akhirnya.

Perlawanan antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford yang tertangguh beberapa minggu lalu akhirnya telah sampai ke tarikh yang dijadualkan semula selepas tertangguh kerana rusuhan.

Protes anti keluarga Glazer bertukar menjadi tidak terkawal apabila para penyokong Setan Merah telah meneceroboh masuk ke padang dan merosakkan veneu perlawanan.

Lantaran itu atas faktor keselamatan perlawanan ini terpaksa ditunda ke 14 Mei 2021 dan masih lagi berlangsung di Old Trafford.

Ekoran penjadualan semula, Manchester United terpaksa bermaian tiga perlawanan dalam tempoh tiga hari dan ini memeningkan Ole Gunnar Solskjaer.

Perlawanan menentang Leicester City terpaksa dikorbankan dengan menurunkan pemain muda dan perlawanan menentang Liverpool, Setan Merah terkorban selepas terciduk teruk.

Tunjuk perasaan terjadi lagi dalam perlawanan yang dijadualkan semula ini namun tiada rusuhan ganas tetapi bas pasukan Liverpool pula diganggu.

Penunjuk perasaan telah menghalang Liverpool dengan meletakkan kereta mereka ditengah-tengah jalanraya dan lebih padu mereka telah memancitkan tayar bas Liverpool.

Bas yang ditahan itu hanyalah umpan semata-mata untuk mengalihkan perhatian di mana pemain dan staff Liverpool telah menaiki bas yang lain dan selamat tiba di Old Trafford.

Pemain Liverpool menaiki bas berwarna hitam dan menggunakan pintu masuk dibahagian belakang bagi mengelakkan penunjuk perasaan yang berkumpul di pintu masuk utama.

Entah apa yang mereka mahu sebenarnya, mahu keluarga Glazer keluar tetapi telah mengganggu bas yang membabitkan keselamatan pihak lawan yang bertandang ke Old Trafford.

Semakin melampau dan tidak terkawal kelakuan mereka ini.

Manchester United 2-4 Liverpool

Kemenangan Leicester City ke atas Manchester United telah memberi tamparan buruk kepada Liverpool bagi mengejar impian Eropah mereka selaku sebuah pasukan elit.

Namun kekalahan Chelsea kepada Arsenal telah memberi peluang lebih banyak kepada Liverpool untuk terus mengejar slot ke Champions League musim hadapan.

Perlawanan menentang Liverpool ini lebih kepada perlawanan mempertahankan maruah untuk Manchester United selepas Manchester City sah bergelar juara.

Manchester United memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan dan garang maklum la beraksi ditempat sendiri dan gol awal membarakan lagi keyakinan mereka.

Bruno Fernandes membuka tirai jaringan pada minit ke-10 selepas merembat deras hantaran Aaron Wan Bissaka yang tertampan kaki Nathaniel Phillips.

Cantik juga jaringan Nathaniel Phillips ke gawang sendiri membuatkan Alisson Becker tergamam. Tertampan ke terembat?

VAR menafikan sepakan penalti Liverpool selepas mengesahkan tiada kekasaran Eric Bailly ke atas Nathaniel Phillips, jelas Bailly menyentuh bola lebih awal. Tidak perlu bermain sentimen menjadi mangsa VAR.

Liverpool walaupun mengalami naik turun prestasi masih lagi pasukan yang padu apabila Diogo Jota menyamakan kedudukan dengan satu gol yang sangat jahat.

Comeback dilakukan Liverpool ketika separuh masa pertama hampir tamat yang berpunca daripada sepakan percuma Trent Alexander-Arnold yang ditanduk masuk Roberto Firmino.

Dua minit bersambung babak kedua, Roberto Firmino meneruskan kebangkitan sensasi Liverpool dengan gol ketiga yang berpunca dari bola muntah yang gagal ditangkap kemas Dean Henderson.

Marcus Rashford kembali merapatkan jurang pada minit ke-68 dan Setan Merah yang sendu tiba-tiba kembali bersemangat namun bersifat sementara.

Mungkin Setan Merah sudah tiada maruah untuk dipertahankan menentang musuh utama mereka kerana tiada apa yang perlu dikejar lagi.

Mohamed Salah melengkapkan kebangkitan bergaya Liverpool dengan gol keempat pada penghujung perlawanan melalui satu serangan balas pantas.

Mudah buat Salah menewaskan Dean Henderson dan memberi Liverpool kemenangan Premier League pertama mereka di Old Trafford sejak 2014.

Pertama kali buat Jurgen Klopp dan juga Mohamed Salah serta pemain yang dibeli selepas 2014 merasai kemenangan.

Manchester United: Henderson; Wan-Bissaka, Bailly, Lindelof, Shaw; McTominay, Fred; Rashford, Fernandes, Pogba; Cavani.

Subs: De Gea, Tuanzebe, Williams, Telles, Amad, Mata, Matic, Van de Beek, Greenwood.

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, R Williams, Phillips, Robertson; Thiago, Fabinho, Wijnaldum; Jota, Firmino, Salah.

Subs: Adrian, Kelleher, Mane, Jones, Tsimikas, Shaqiri, Origi, Woodburn, N Williams.

BACA:  Mourinho Kembali Meroyan, Minta Diberi Lebih Penghormatan Kerana Pernah Memenangi 3 EPL