Penyokong Manchester United Melakukan Ritual Aneh Selepas Keluar Gua?

Lawak masuk gua ini masih lagi relevan dan menjadi sebutan menjelang tahun 2020 yang bakal dipenuhi kereta terbang dan pelbagai lagi kecanggihan walaupun aiskrim pasu sudah lama pupus ditelan masa.

Mana-mana pasukan apabila kalah akan ada penyokong lawan yang menyarankan supaya mereka masuk gua dan bersembunyi bagi mengelakkan malu yang ditanggung kerana kekalahan pasukan yang disokong.

Walaupun ada yang berpendapat lawak masuk gua ni sudah tidak lagi lucu dan membosankan lagi hambar tetapi masih lagi digunakan. Bagi penulis guna jela lawak apapun untuk menganjing asal kau puas dan bahagia.

Selepas jumaat ada satu pesanan masuk di peti mesej The Sukan yang mana ada individu yang mengirim pautan kepada satu rakaman video yang melibatkan sekumpulan lelaki berjersi Manchester United.

Maka pada telahan pertama sudah pasti sekumpulan lelaki dalam video ini penyokong Manchester United dan mesej yang diterima pula agak ringkas yang berbunyi ‘Ritual keluar gua’.

Sekumpulan lelaki dalam video ini telah melakukan satu ritual yang aneh dengan beberapa orang berlutut dan menyebut ayat-ayat dalam bahasa yang tidak penulis fahami.

Adakah mereka tengah bersyukur kerana beroleh kemenangan? Korang tengok la sendiri.

Pada minit :

1:09 bunyi macam ‘kito tamboh bini’.

1:11 bunyi macam ‘kit0 menang penalti’.

Selepas beberapa perlawanan agak mendap dan suram tanpa kemenangan Manchester United telah kembali ke landasan kemenangan dan lebih manis mereka berjaya menewaskan Tottenham Hotspur.

Sebelum perlawanan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan akan melakukan perubahan taktikal yang drastik bagi menewaskan Tottenham Hostpur dan ternyata formula Ole menjadi.

Ole Gunnar Solskjaer mahu para pemainnya melepaskan geram ke atas Spurs selepas gagal menang dalam 3 perlawanan dalam semua pertandingan.

Ini bukan pertama kali penyokong Manchester United berkelakuan aneh, kalau korang masih ingat apa terjadi lepas kalah kepada West Ham United.

Pada malam kekalahan memalukan Manchester United itu telah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) yang menyaksikan Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan 6,320,463 undian.

Kemenangan itu melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta trofi.

Mira Filzah juga turut menggondol anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular sebelum dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sepopular kekalahan Manchester United.

Ketika siaran langsung anugerah Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH)yang ke-32 hampir tamat satu sedutan video dipaparkan yang mana kedengaran peminat Mira Filzah menyanyi.

“Mira Mira Mira Filzah!”

Lantunan nyanyian itu mirip lagu Glory Glory Man United di telinga penulis. Kat telinga korang dan Abang Maliki macam mana?

Adakah penyokong Manchester United yang hilang selepas kekalahan kepada West Ham bertukar menjadi peminat Mira Filzah? Itukah mereka?

Baca Juga

Baca Juga