Penyokong RB Leipzig Dibaling Botol Kaca Oleh Penyokong Dortmund

Hooligan atau pengganas bola sepak bukanlah satu benda baru di Jerman, tetapi apabila keganasan tercetus dalam perlawanan Bundesliga antara dua pasukan teratas, terdapat sedikit kelainan dalam isu ini.

Batu dan botol kaca beterbangan ke arah penyokong berbaju merah, dan sepanduk yang mempunyai kata-kata kebencian dinaikkan oleh penyokong Dortmund Sabtu lalu, menunjukkan dengan lebih jelas lagi kebencian seluruh peminat bola sepak Jerman kepada kelab yang baru nak naik, RB Leipzig.

Leipzig, kelab dari timur Jerman itu baru pertama kali menaiki Bundeslliga namun mereka kini mencabar tempat untuk ke Liga Juara-Juara. Kebencian meruap-ruap ini tidak lain disebabkan pasukan ini dimiliki oleh satu syarikat sahaja – Red Bull, walaupun secara teknikalnya mereka masih lagi mengamalkan sistem pemilikan 50+1 selaras dengan peraturan Bundesliga.

Video di bawah menunjukkan sebahagian daripada serangan daripada ultras Dortmund tersebut.

Ketika perlawanan berlangsung, tifo “Sembelih lembu itu” dan “Red Bull musuh bola sepak” diangkat secara meluas di stadium. Serangan yang dimulakan oleh pelampau mazhab Ultras Dortmund ini mengakibatkan enam penyokong Leipzig dan polis mengalami kecederaan.

Ingatkan di Malaysia sahaja peminat dan ‘peminat’ bola yang sakit hati dengan pasukan yang cepat naik, rupanya di Jerman pun sama. Nasib baiklah China tidak mengalami masalah ini, kalau tidak, mahu meletus perang saudara di negara Tembok tu.

Jauhi keganasan bola sepak! Jadilah keyboard warrior semata-mata!

BACA:  Mengapa Penyerang Baharu Chelsea Suka Tiup Belon Raikan Jaringan?