Penyokong Roma Bengang Gol Penyamaan Mereka Bertemu Juventus Dirompak Pengadil Perlawanan

Roma gagal memperoleh gol dari sudut sepakan penalti yang dihadiahkan selepas pengadil perlawanan membatalkan gol jaringan Tammy Abraham.

Sebaik bekas bintang Chelsea itu meledak gol untuk Roma, pengadil dengan segera membatalkan gol tersebut dan menghadiahkan sepakan penalti kerana Henrikh Mkhitaryan di kasari.

Roma berkunjung ke Allianz Stadium untuk beraksi bertemu Juventus dalam aksi saingan Serie A pada awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan England, Tammy Abraham pada awalnya merasakan yang beliau sudah berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Roma mengikat Juventus 1-1.

Sebelum menjaringkan gol, beliau sendiri sudah meminta sepakan penalti dari pengadil perlawanan, kerana merasakan yang dirinya dikasari di dalam kotak penalti.

Namun dek kerana pengadil meneruskan permainan, beliau menerima bola muntah dihadapan gol, dan melakukan tap mudah untuk menjaringkan gol penyamaan Roma.

Walau bagaimanapun, pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut kerana merasakan Henrikh Mkhitaryan telah dikasari di dalam kotak penalti sebelum bola sampai ke kaki Abraham.

Mkhitaryan dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh bekas penjaga gol Roma, Wojciech Szczesny yang sudah terbaring di hadapan gawang golnya sendiri.

Abraham yang awalnya tadi meminta sepakan penalti berjaya tap masuk bola muntah hantaran dari Mkhitaryan dan meraikan jaringan tersebut kerana menyelamatkan skuadnya dari tewas dalam perlawanan tersebut.

Pengadil perlawanan, Daniele Orsato tidak membenarkan advantage dan menolak untuk mengesahkan gol tersebut, sebelum beliau menghadiahkan sepakan penalti kepada Roma.

Kebiasaannya, Jordan Veretout cemerlang dalam mengambil sepakan penalti, dengan beliau sebelum ini berjaya menyempurnakan 13 sepakan penalti secara berturut-turut.

Walau bagaimanapun, ketika berdepan dengan Juventus, beliau hanya mampu untuk melihat bagaimana bola sepakan beliau digagalkan oleh Szczesny.

Para penyokong bengang dengan keputusan pengadil, yang lebih memilih untuk memberikan sepakan penalti, berbanding mengesahkan sahaja gol jaringan Tammy Abraham itu

Para peminat merasakan yang gol Abraham telah dirompak oleh pengadil perlawanan yang membatalkan gol tersebut atas alasan mahu hadiahkan sepakan penalti.

Abraham terlebih dahulu dikasari, namun pengadil menutup matanya, namun selepas bekas bintang Chelsea itu meledak gol, beliau memutuskan untuk hadiahkan sepakan penalti kerana Mkhitaryan dikasari.

Para penyokong Roma jelas tidak boleh menerima hal tersebut dengan mereka merasakan pengadil merompak gol Abraham, dan menjadi punca mengapa mereka kehilangan mata.

Juventus berjaya memenangi perlawanan yang dilangsungkan di Allianz Stadium itu dengan keputusan 1-0, selepas Moise Kean muncul sebagai satu-satunya pemain yang meledak gol dalam perlawanan ini.

Jose Mourinho tentu sekali bengang dengan keputusan pengadil perlawanan dan menganggap ia sebagai satu keputusan dungu dan tak masuk akal.

Kekalahan ini meletakkan Roma di kedudukan keempat dalam carta liga, dengan mengumpul 15 mata, 2 mata di belakang Inter Milan yang berada di kedudukan ketiga.

Sementara Juventus pula pada ketika ini sedang berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga, dengan mengumpul 14 mata, 10 mata dibelakang pendahulu saingan Serie A, Napoli.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mohammed Bin Salman Ditawarkan Untuk Membeli AS Roma, Apa Berlaku Pada Newcastle?