Penyokong Setan Merah Dituduh Bawa Suwey Kepada Chelsea

Liverpool turun beraksi bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan FA Cup di Wembley.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya layak ke perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Man City di peringkat separuh akhir.

Chelsea sementara itu berjaya layak ke perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menumpaskan Crystal Palace di peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasukan merupakan antara pasukan terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini, dengan mereka menduduki kedudukan kedua dan ketiga dalam carta saingan liga.

Chelsea jelas sekali mahu membalas dendam atas kekalahan mereka sebelum ini di pentas perlawanan akhir saingan Carabao Cup.

Liverpool tentunya mahu menjulang gelaran FA Cup ini dek kerana mereka pada ketika ini sedang memburu kesempatan untuk memenangi gelaran quadruple.

Lima minit pertama dalam perlawanan ini, Liverpool dilihat tidak henti-henti mencuba untuk melancarkan serangan merbahaya, namun usaha mereka tenang digagalkan oleh Chelsea.

10 minit perlawanan berlangsung, Liverpool masih kekal dominan namun tak ada sebarang gol yang berjaya dijaringkan oleh anak-anak buah Jurgen Klopp itu.

Selepas 15 minit perlawanan berlangsung, Chelsea berjaya menyeimbangkan semula permainan dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan aksi serang menyerang ke kubu masing-masing.

Hampir 30 minit masa berlalu, masih tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan jelas sekali aksi perlawanan akhir hari ini membosankan.

Liverpool kemudiannya terpaksa membuat pertukaran awal selepas Mohamed Salah terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Tamat aksi babak pertama masih tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan dengan kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan dengan keputusan terikat tanpa jaringan.

Chelsea memulakan aksi babak kedua dengan agak garang dengan mereka berjaya melancarkan beberapa siri serangan merbahaya menguji gawang The Reds.

Aksi babak kedua memperlihatkan Chelsea lebih kerap memiliki kesempatan emas untuk memperoleh gol namun tak ada satu pun darinya yang berjaya disudahi dengan jaringan.

Liverpool turut sesekali melancarkan serangan namun tak ada satu pun percubaan yang berhasil memberikan gol pendahuluan kepada mereka.

Aksi 90 minit tamat dengan perlawanan masih lagi seri terikat 0-0 dan kedua-dua pasukan nampak kepenatan untuk beraksi pada masa tambahan permainan.

Sejak awal aksi tambahan masa, para pemain kedua-dua pasukan dilihat sangat lemah dan mereka sepertinya benar-benar sudah kehabisan tenaga.

Para pemain jelas sekali tidak mampu melancarkan serangan dengan keputusan sama kekal sehingga tamat aksi tambahan masa.

Dek kerana keputusan seri tanpa jaringan masih kekal selepas tamat aksi tambahan masa, maka pemenang akan ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Marcos Alonso dan James Milner berjaya menyempurnakan sepakan penalti pertama masing-masing sebelum pemain gantian, Cesar Azpilicueta gagal untuk melakukannya.

Reece James, Ross Barkley, Hakim Ziyech dan Jorginho masing-masing tenang menyempurnakan sepakan penalti mereka.

Roberto Firmino, Trent Alexander Arnold kemudiannya cemerlang menyempurnakan tanggungjawab masing-masing, sebelum Sadio Mane gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Diogo Jota mengambil sepakan penalti keenam Liverpool dan beliau mudah untuk menewaskan Edouard Mendy.

Pengambil sepakan penalti ketujuh Chelsea, Mason Mount gagal untuk menyempurnakan sepakan tersebut sebelum Kostas Tsimikas tenang menewaskan Mendy untuk bantu Liverpool memenangi perlawanan ini dengan keputusan 6-5.

Ia merupakan Piala kedua Liverpool musim ini selepas mereka sebelum ini berjaya menjulang gelaran Carabao Cup juga dengan menewaskan Chelsea.

Penyokong Manchester United tiba tiba bersalin kulit

Nanun satu video ditularkan di Siam di mana penyokong Manchester United menjadi penyokong Chelsea untuk satu malam. Mereka melacurkan maruah mereka demi melihat Liverpool kalah.

Dalam video tersebut. Dua orang penyokong itu mengapit seorang penyokong Liverpool.

Dan mereka dilihat bersorak gembira ketika Chelsea menjaringkan penalti mereka. Ketika Chelsea Azpilicueta gagal menyempurnakan penalti, mereka berdua mulai cemas.

Namun semangat mereka kembali membara apabila Mane gagal menjaringkan penalti penentuan Liverpool.

Pada masa inilah tiba tiba dua orang Setan Merah ini bersalin kulit membuka jaket mereka. Terkejut penyokong Liverpool tersebut melihat dua rakannya itu sudah ada jersi Chelsea di dalam.

Namun malangnya, pelacuran diri mereka menjadi sia sia apabila Mason Mount pula gagal menyempurnakan penalti. Lalu penyokong Liverpool itu menunggu detik dengan yakin bahawa Kostas Tsimikas akan menjaringkan gol kemenangan. Dan ya! Gol, Liverpool menang 6-5.

Ramai yang menuduh bahawa dua penyokong Manchester United itu telah membawa suwey mereka ke dalam pasukan Chelsea. Dah elok elok dah Tuchel siap menjerit kegirangan, yakin akan bangkit. Namun kisahnya, seperti Manchester United kalah penalti lawan Villarreal.

Ada juga yang hairan kenapa Chelsea tiba tiba ramai penyokong pada malam tadi. Rupa rupanya ada ramai spesis seperti mamat dua ekor ni rupanya.

Saksikan di sini. Oleh kerana video ini di set secara private, korang klik je gambar ni dan akan dibawa menyaksikan aksi kelakar tidak tidak.

BACA:  FA Cup Final 2020/21: Chelsea 0-1 Leicester City