Penyokong Setan Merah Kecewa Pengadil Tiup Wisel Selepas 9 Saat, Dan Buka Kitab IFAB

Penyokong Manchester United bengang dengan mutu pengadilan dalam aksi menentang West Brom.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer menjadi mangsa kepada pengadilan yang teruk dan VAR yang tidak konsisten.

Dan akhirnya Manchester United terpaksa seri bermaruah di tempat lawan.

Peminat Man United rata rata merasakan bahawa gol pertama West Brom adalah tidak sah kerana kerana kekasaran terhadapn Lindelof.

Satu lagi insiden yang membuatkan penyokong pencabar kejuaraan itu kecewa adalah ketika pengadil meniup wisel 2 saat selepas masa perlawanan separuh masa pertama tamat.

Pengadil memberikan dua minit masa tambahan. Namun pengadil langsung tak berikan peluang kepada Manchester United menyempurnakan serangan balas tersebut.

Ianya bermula daripada sepakan penjuru yang berjaya dipintas oleh Martial daripada Ainsley Maitland-Niles. United dalam keadaan 4 lawan 2 pada serangan balas tersebut.

Malangnya, masa perlawanan sebenar sudah terlajak 2  saat dan pengadil terus meniup wisel.

Para pemain Manchester United dan peminat mereka sangat bengang dengan keadaan. Malah mereka menuduh Pawson pengadil yang teruk dalam keadaan United berada pada situasi serangan balas.

Laman rasmi Manchester Evening News membuka kitab IFAB terus. IFAB adalah badan penggubal peraturan bola sepak FIFA menjelaskan masa tambahan itu harus ditambah lagi kerana pasukan lawan ada melengahkan perlawanan ketika mengambil sepakan penjuru.

MEN berkata: “Menurut peraturan IFAB, pengadil harus memberikan masa tambahan ke atas masa tambahan untuk masa yang telah dibazirkan termasuk masa yang dilengahkan.”

“Peraturan itu juga membenarkan pengadil menambah masa minimum pada masa kecederaan yang ditunjukkan pegawai keempat dan harus dimainkan tidak kurang daripada itu.”

“Malangnya Pawson meniup wisel hanya selepas 9 saat daripada masa minimum diberikan.”

Manchester United ketinggalan awal dalam perlawanan ini. Walaupun VAR dan pengadil tidak memihak kepada mereka, seperti yang dikatakan Maguire, Setan Merah tetap tak kalah.

Malah mereka masih mampu membawa pulang 1 mata. Lantas Ole percaya pasukannya masih dalam landasan kejuaraan musim ini.

Baca Juga

Baca Juga