Penyokong Spurs Bengang, Lepas Alasan Tak Cukup Pemain, Arsenal Bantai Loan Seorang Lagi Pemain Ke Itali

Arsenal terus menimbulkan kemarahan di kalangan peminat Spurs. Sebelum ini mereka meminta menunda aksi kerana kekurangan pemain kerana covid, kecederaan, Piala AFCON dan kad merah.

Arsenal yang cuma ada 1 kes covid telah berjaya memujuk EPL menangguhkan perlawanan menentang Tottenham. Peminat Spurs kecewa kerana sebelum ini Spurs pernah dinafikan oleh EPL ketika meminta penundaan perlawanan menentang Leicester.

Perlawanan cuma ditunda hanya selepas Leicester yang meminta.

Aksi di antara Arsenal menentang Tottenham pada hari ini ditunda ke tarikh lain. Ini selepas Arsenal memohon untuk ditunda aksi kerana berdepan dengan masalah kecederaan, covid dan penggantungan pemain.

Selain itu, terdapat beberapa pemain yang telah dipanggil oleh negara mereka untuk beraksi di Piala Negara-Negara Afrika. Oleh sebab itu, Arsenal mengambil keputusan bijak untuk meminta perlawanan ditangguhkan.

Ini adalah kemenangan ketiga Arsenal dalam masa 3 hari ini. Pertamanya berjaya seri dengan 10 pemain dengan Liverpool. Keduanya mengklaim dapat mendiamkan crowd di Anfield. Dan ketiga dapat menangguhkan aksi berdepan Spurs.

Walaupun sebelum ini ramai peminat Arsenal mengutuk Liverpool dan Spurs yang menggunakan alasan yang sama untuk meminta penangguhan. Dan mencadangkan pasukan tersebut pakai budak budak untuk menentang lawan mereka.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman web rasmi Arsenal. Kenyataan berbunyi:

“Kami kecewa untuk mengumumkan bahawa derbi utara London Ahad menentang Tottenham Hotspur telah ditangguhkan,” kata Arsenal dalam satu kenyataan media.

“Kami tahu betapa bermaknanya perlawanan ini kepada peminat kami di seluruh dunia, tetapi Liga Perdana Inggeris telah membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan, kerana ramai pemain dalam skuad semasa kami yang tidak dapat beraksi kerana COVID-19, kecederaan, serta pemain yang mewakili negara mereka di Piala Negara Afrika.”

Arsenal ketika ini terpaksa kehilangan ramai pemain atas pelbagai sebab. Pemain tengah Norway, Martin Odegaard satu satunya pemain yang positif covid.

Sementara itu, Emile Smith Rowe, Takehiro Tomiyasu, dan Sead Kolasinac masih cedera. Cedric Soares kemudian menjadi nama seterusnya menyusul selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Liverpool pada separuh akhir Piala Carabao.

Selain itu, ada 4 pemain mereka yang mewakili negara mereka dalam Piala Afrika iaitu Mohamed Elneny, Thomas Partey, Nicolas Pepe dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Lebih memburukkan keadaan, Granit Xhaka digantung perlawanan selepas membantai lawannya dalam aksi berdepan Liverpool. Di mana Arsenal dengan cemerlang meraikan seri di Anfield.

Lebih tak masuk akal, di kala pasukan mereka semakin tak ramai pemain, Arsenal meminjamkan Maitland Niles dan Bolagun ke kelab lain.

Ianya telah membuatkan Arsenal hanya ada 13 pemain ketika ini. Dengan Premier League mengesahkan bahawa Arsenal sudah menghantar rayuan rasmi untuk menunda aksi berdepan dengan Tottenham Hotspur pada Ahad lalu.

Spurs turut berat hati mengumumkan penundaan tersebut terutama sekali mengambil kira penyokong yang datang dari jauh untuk menyaksikan aksi itu.

Tottenham sangat tidak gembira dengan tindakan Arsenal sebelum ini yang meminta penundaan aksi ini. Kerana Arsenal hanya kehilangan seorang sahaja pemain kerana covid. Seterusnya Arsenal turut mencari penyakit sendiri apabila melepaskan 2 pemain mereka secara loan ketika kelab mereka berdepan dengan jadual tidak menentu.

Spurs juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menerima nasib malang apabila disingkirkan daripada Liga Konfederasi Eropah kerana masalah covid dan permintaan untuk menangguhkan aksi berdepan Leicester ditolak.

Spurs berkata: “Kami dengan dukacia memaklumkan bahawa derbi London Utara menentang Arsenal telah ditunda.”

“Ini berikutan permohnan dari Arsenal kepada Premier League atas alasan covid, pemain sedia ada cedera serta terlibat dalam Piala Afrika.”

“Kami benar benar terkejut dengan permohonan ini boleh diluluskan.”

“Kami sendiri disingkirkan daripada European Conference League selepas beberapa kes covid dan bermakna kami perlu menunda aksi. Dan permohonan untuk menundakan aksi berdepan Leicester telah ditolak. Ianya cuma ditunda hanya selepas Leicester yang membuat permohonan.”

Spurs menganggap peraturan kali ini tidak jelas dan tidak konsisten.

Dan kini Arsenal mengumumkan seorang lagi pemain mereka iaitu Pablo Mari sah dipinjamkan ke Udinese. Sedangkan sebelum ini mereka menyatakan mereka tak cukup pemain? Kenapa perlu keluarkan pemain sebelum mendapatkan dahulu pemain baharu?

Ianya membuatkan peminat Spurs meroyan di media sosial.

Sebelum ini peminat Arsenal pernah menuduh Liverpool sebagai pengecut kerana tak nak menurunkan pemain muda untuk aksi menentang mereka selepas kelab itu gagal menyediakan 14 pemain.

Misalnya mamat ni yang beriya cakap EFL buat lawak ke apa sebab menunda aksi Liverpool dengan Arsenal hanya kerana kecederaan.

Kemudian dia menjelaskan bahawa situasi Arsenal berbeza dengan Liverpool. Kerana menurutnya Arsenal menunda perlawanan berdasarkan garis panduan yang sebenar.

BACA:  Martin Odegaard Goyang Berdepan Dengan Virgil Van Dijk