Penyokong Spurs Sediakan Chanting Baru Untuk Kane Ketika Aksi Bertemu City

Tottenham Hotspur cemerlang menewaskan Manchester City dengan keputusan 1-0 ketika aksi perlawanan pembukaan dalam saingan Premier League musim baharu ini.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menarik dalam pertemuan mereka di Tottenham Hotspur Stadium.

Son Heung Min berjaya menjadi wira pasukan tuan rumah, selepas kejayaannya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini, seterusnya menjadi gol kemenangan untuk skuad Tottenham Hotspur.

Anak-anak buah Nuno Espirito Santos telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menarik dengan Japhet Tanganga dianggap sebagai pemain paling menyerlah dalam perlawanan tersebut.

Lebih manis untuk pengurus baharu Spurs itu, beliau berjaya membimbing Tottenham Hotspur untuk menewaskan Juara bertahan Premier League, tanpa kehadiran Harry Kane dalam kesebelasan utamanya.

Ketua pasukan England itu tidak disenaraikan dalam skuad Tottenham Hotspur ketika beraksi bertemu City awal pagi tadi, kerana beliau belum mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya lagi.

Ia juga kerana Kane sama sekali tidak pernah terlibat dalam mana-mana perlawanan bersama Spurs ketika aksi pra musim sebelum ini.

Selain itu, Kane juga pada sepanjang musim panas ini, beliau sering dikaitkan bakal meninggalkan Spurs untuk menyertai Manchester City.

Ketika beliau gagal menghadiri sesi latihan bersama Spurs, ramai yang merasakan ia ada kaitan dengan hal berkait keputusannya untuk meninggalkan kelab.

Walau bagaimanapun, Kane dan pihak kelab sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa beliau tidak menyertai aksi pra musim kelab kerana masih belum mendapat tahap kecergasan terbaiknya.

Ketika perlawanan tersebut berlangsung, pengulas Sky Sports, Martin Tyler mendedahkan yang Kane ada dalam Stadium untuk menonton perlawanan tersebut.

Seandainya benar beliau berada dalam stadium pada ketika itu, beliau tentunya dengar chanting yang dicipta oleh penyokong Spurs untuknya.

Ketika dihujung aksi perlawanan, para penyokong pasukan tuan rumah didengari chanting nama Kane dengan menyebut:

“Adakah kamu lihat Harry Kane?!”

Para peminat kemudiannya telah memuat naik video tersebut ke laman media sosial dan ia sedang tular pada ketika ini.

Nakal sungguh para penyokong Spurs ini ya.

Masa depan Kane bersama Tottenham Hotspur masih belum boleh dipastikan sehingga jendela perpindahan pemain pada musim panas ini benar-benar ditutup.

Walaupun Daniel Levy sudah menegaskan yang Kane tidak akan di jual, namun City masih belum mengalah dan mahu terus berusaha untuk mendapatkan penyerang kebangsaan England itu.

Ia kerana City mungkin sedar yang mereka benar-benar memerlukan seorang pemain penyerang selepas kekalahan mengejutkan mereka ditangan Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Harry Kane sendiri secara terang-terangan telah mendedahkan yang beliau mahu menyertai Manchester City dan mahu memenangi Piala pertama dalam kariernya di Etihad.

Daniel Levy sendiri pernah menyatakan yang beliau mungkin akan melepaskan Kane seandainya kelab yang berminat sanggup membayar nilai £160 juta yang mereka minta.

Tanpa Kane, Son jelas menjadi pemain harapan untuk Tottenham Hotspur

Selepas tamat perlawanan tersebut, Espirito Santo telah ditanya tentang chanting dari para penyokong Spurs yang ditujukan kepada Harry Kane.

Beliau dengan penuh sopan santun menjawab bahawa:

“Harry Kane merupakan salah seorang pemain terhebat di dunia, jujur saya katakan”

Jelas pengurus baharu Spurs itu.

“Kami sangat bertuah kerana memiliki dia. Dia perlu bersedia dan terus membantu pasukan.”

Detik waktu yang berjalan terasa sangat perlahan oleh para penyokong Spurs yang menanti jendela perpindahan musim panas ini ditutup, ia kerana mereka mahu kepastian berkait masa depan Kane.

Sumber: GMS

BACA:  Imbas Kembali Detik Kane Dipaksa Tonton Semula Aksi Keji Beliau Ketika Temu Bual Lepas Perlawanan