Pep Bergurau Mahu Tukar Trofi EPL Dengan Klopp

Pep Guardiola merupakan anak didik Johan Cruyff yang paling berjaya sebagai pemain dan juga pengurus walaupun gurunya tiada gelaran Doktor yang meneruskan falsafah Cruyff dan mempopularkan corak permainan tika-taka hingga ke Kedah.

Bekas pengurus Barcelona itu telah memecahkan rekod gurunya yang menjulang 11 kejuaraan dengan memenangi 15 kejuaraan bersama Barcelona selaku Pengurus.

Guardiola juga telah membuktikan bahawa beliau seorang pengurus yang berjaya bukan hanya bersama Barcelona malah kelab lain seperti Bayern Munich dan terkini Manchester City.

Walaupun selalu berada di kelab yang kaya dan mampu mendapatkan pemain yang dimahukan, falsafah yang dibawa Guardiola lebih menjadi bualan.

Dalam satu majlis makan malam, Pep Guardiola telah dijemput untuk memberi ucapan namun apa yang dilontarkan beliau sangat kelakar yang mampu mengalahkan seorang stand up comedian.

“Ok, good ebening semua orang.”

“Jadi korang tak tahu betapa sukarnya untuk membuat ucapan selepas Jurgen Klopp.” Hadirin mula ketawa dan terhibur dengan ucapan Pep Guardiola.

Tidak habis gelak ketawa hadirin Guardiola terus melemparkan lagi tumbuk garis(Punchline) dengan memuji senyuman manis Klopp. Sebelum ini Pep ada menyatakan bahawa beliau berharap dirinya mempunyai karisma seperti Klopp.

“Aku tidak mempunyai senyuman yang indah, aku kena belatih.”

Kemudian Guardiola mencadangkan supaya trofi EPL City ditukar dengan trofi Champions League Liverpool.

“Aku mahu menang trofi Chmampions League dan aku sangat pasti Klopp mahu menang trofi Premier League.”

“Mungkin kami boleh tukar. Manchester City kelab yang kaya jadi kami akan bayar makan malam ini.”

Sebelum ini Jurgen Klopp membuat aksi kelakar ketika ditemuramah dan kebetulan Pep Guardiola lalu di kawasan temuramah.

Aksi Nakal Klopp Melarikan Diri Selepas Nampak Kelibat Guardiola

Jurgen Klopp sekali lagi memaparkan sisi kelakarnya ketika ditemuramah di Konferen Jurulatih UEFA jelas membuktikan beliau tenang dan gembira dengan pencapaian Liverpool setakat ini.

Jurgen Klopp telah ditanya oleh wartawan samada beliau ada berbual dengan jurulatih Manchester City ketika menghadiri Konferen Jurulatih UEFA.

Jawapan Klopp bersahaja seperti biasa.

“Sudah pasti kami berborak. Kenapa kami tak boleh berborak? Kami sentiasa berbicara.”

Ketika mejawab soalan wartawan itu, jurulatih Manchester City, Pep Guardiola tiba-tiba muncul dari belakang.

Klopp yang menyedari kehadiran Guardiola telah melarikan diri seperti budak sekolah nampak Cikgu Disiplin.

“Pep datang!” Terus Klopp melarikan diri.”

Reaksi spontan Klopp itu nyata disukai oleh warganet yang menyifatkan kelakuan itu sangat kelakar dan mengiburkan.

Baca Juga

Baca Juga