Pep Beri Amaran Terhadap Liverpool, Kejuaraan Liga Masih Dalam Tangan Kami

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menaruh kepercayaan terhadap anak buahnnya untuk memenangi kesemua baki perlawanan selepas ini seterusnya muncul juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Manchester City dan Liverpool kini bersaing sengit untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kedua-dua pasukan silih berganti mendahului carta liga.

Sterling terus cemerlang selepas mencetak dua gol ketika menentang Crystal Palace semalam

Selepas mengharungi 34 perlawanan, Liverpool berada di tangga teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris, 2 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City yang bermain kurang 1 perlawanan.

Melihat pada senarai pasukan yang bakal ditentang Liverpool selepas ini, anak buah Jurgen Klopp dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk mengutip 3 mata dari semua perlawanan tersebut.

Liverpool akan bertandang ke Cardiff pada hujung minggu hadapan sebelum melayan kunjungan pasukan yang sudah mengalami relegasi iaitu Huddersfield.

Kemudian, mereka perlu melepasi cabaran Newcastle di St James Park dan dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, Liverpool akan menerima kunjungan Wolves yang mempunyai reputasi sebagai ‘giant-killer’.

Adakah Mancheter City bakal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama ?

Berbeza pula buat Manchester City kerana mereka perlu melalui jalan yang agak berliku selepas  ini. Bagi perlawanan liga yang seterusnya, The Citizens bakal melayan kunjungan pasukan yang menghuni tempat ke-3, Tottenham Hotspurs yang juga terdesak mencari 3 mata bagi mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Beberapa hari selepas itu, Manchester City bakal berdepan cabaran paling getir apabila perlu mengutip 3 mata menentang seteru setempat, Manchester United.

Walaupun sedar pasukan yang bakal ditentang City selepas ini jauh lebih sukar dari pasukan yang bakal ditentang Liverpool, Guardiola percaya pemainnya tidak akan menghampakan beliau.

“Kami bermain pada bulan Disember, Januari, Februari, setiap 3 hari. Jadi kenapa saya tidak boleh untuk menaruh kepercayaan terhadap mereka sekali lagi ?”

Ini gambar real, bukan edit

“Sudah tentu kami juga boleh kalah, kami bukan pasukan ‘Invincibles’. Kami juga mempunyai kelemahan kami yang tersendiri.”

“Kami telah melakukannya selama dua musim, 183 mata, dengan baki 5 perlawanan. Kenapa perlu saya meragui perkara yang pemain saya pernah lakukan sebelum ini ?”

“Saya tidak pernah meragui pemain saya.”

Selepas menjuarai Piala Carabao pada Februari lalu, Manchester City masih lagi berada dalam landasan tepat untuk mencipta ‘quadruple’ musim ini.

“Tekanan yang kami rasai sekarang cukup hebat. Kami sedang bertarung untuk memenangi Liga Perdana Inggeris untuk dua musim berturut-turut.”

“Kami rasa Liverpool akan memenangi kesemua baki perlawanan mereka. Kami perlu memenangi semua perlawanan selepas ini. Memang agak sukar tetapi kejuaraan Liga Perdana Inggeris masih berada dalam tangan kami.”

“Kami berazam mahu memenangi kesemua 5 perlawanan selepas ini.”

BACA:  Legenda Arsenal Dakwa Semangat Juang Yang Rendah Punca Arsenal Tewas