Pep Dedahkan Apa Yang Dibisikkan Ke Telinga Pogba

Selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Manchester United melakukan kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan 2-0 kepada Manchester City, Pep Guardiola dilihat telah berpelukan dan berbisik sesuatu kepada Paul Pogba.

Pogba menjadi wira kebangkitan Setan Merah apabila menjaringkan dua gol sebelum Chris Smalling menjaringkan gol kemenangan.

Sebelum perlawanan Manchester Derby, Pep Guardiola mendakwa beliau telah ditawarkan peluang untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan pada jendela perpindahan Januari lalu.

Guardiola berkata tawaran tersebut datang daripada ejen pemain terbabit, Mino Raiola yang menghubunginya secara peribadi dan memberitahu beliau Pogba dan Mkhi dibenarkan untuk berpindah.

Raiola memberitahu BBC Sport yang beliau tidak menghubungi Guardiola mengenai perkara ini tetapi tidak menafikan ada memberitahu Manchester City tentang pemainnya yang bersedia dilepaskan Manchester United.

Sumber dalaman United turut mendedahkan yang mereka tidak akan melepaskan Pogba pada pertengahan musim lalu dan tidak akan sekali-kali menjual beliau kepada Manchester City.

“Saya tidak pernah bercakap dengan Pep Guardiola. Saya tidak akan bercakap dengannya mengenai pemain. Saya hanya bercakap dengan Manchester City. Mereka merupakan kelab yang fantastik dan turut mempunyai pengurus yang hebat.”

Aksi Pep memeluk dan membisikkan sesuatu ke telinga Pogba telah menimbulkan pelbagai andaian di media sosial dan sudah pasti bukan ‘Yusoof Taiyub’ dibisikkan Pep.

https://twitter.com/nicnyx/status/982685720107102209

Selepas perlawanan dan setelah pelbagai spekulasi dibuat Pep melalui Twitter Manchester City menjelaskan bahawa beliau hanya mengucapkan tahniah kepada Pogba atas kemenangan Manchester United.

Tiada luahan perasaan seperti ‘ Saya sayang awak’ diungkapkan Pep malah tiada kata-kata lain melainkan ucapan tahniah.

“Aku ucap tahniah kepada Pogba atas keputusan perlawanan.” Ujar Pep.

Baca Juga

Baca Juga