Pep Guardiola Dikecam Kerana Mempertikaikan Kerusi Kosong Di Etihad

Pep Guardiola dikecam kerana meragui kesetiaan para penyokong Manchester City ketika beliau bercakap berkait kehadiran penonton di stadium.

Para penyokong setia Man City memberi amaran kepada Pep supaya beri tumpuan kepada bidang kejurulatihan sahaja dan jangan mencari pasal dengan kelab penyokong.

Ahli kelab penyokong rasmi Man City tampil mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Pep memberi komen yang meminta para penyokong supaya hadir ke stadium.

Pengurus dari Sepanyol itu secara terbuka mengatakan yang beliau berharap agar aksi City seterusnya, tiada lagi banyak kerusi kosong yang akan dilihat di Etihad.

Beliau bercakap tentang hal tersebut ketika temu bual selepas kejayaan skuadnya membelasah RB Leipzig 6-3 dalam saingan Champions League kemarin.

Pep Guardiola mungkin tidak berniat jahat terhadap komen beliau, namun segelintir penyokong City merasa tidak adil untuk pengurus kelab mempersoalkan kesetiaan mereka.

“Saya berharap akan lebih ramai penyokong yang datang untuk perlawanan selepas ini.”

Jelas Guardiola kepada BT Sport selepas kejayaan City membenam Leipzig 6-3 di Etihad stadium, yang disaksikan oleh 38,062 penonton.

“Kita sangat perlukan penyokong Sabtu depan, tolonglah, kerana kita akan sangat penat. Saya jemput semua penyokong untuk datang Sabtu depan jam 3PM, dan tonton perlawanan.”

Ketua kelab penyokong Manchester City, Kevin Parker mengakui yang mereka semua terkesan dengan komen yang dikeluarkan oleh Pep Guardiola itu.

“Itu tidak tepat, kehadiran kami kebiasaannya memuaskan.”

“Dia (Guardiola) tidak faham kesukaran segelintir orang yang mungkin tak dapat datang untuk menonton perlawanan pada malam Rabu.”

“Ini juga melibatkan peranan penyokong pasukan lain yang mahu mengambil peluang untuk pergi ke Etihad kerana mahu menonton perlawanan di sini.”

“Orang semua memanggil Etihad sebagai ‘Emptyhad’. Ia memang melucukan untuk penyokong lain tapi ia tidak untuk kami.”

“Dia (Guardiola) tidak dinafikan memang seorang pengurus terbaik dunia, dengan cara yang tersendiri, saya rasa dia perlu kekalkan itu.”

Manchester City selepas ini bakal beraksi bertemu Southampton dengan mereka ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta liga.

City mengumpul 9 mata, satu mata dibelakang Manchester United, Chelsea, dan Liverpool yang sedang mendahului carta liga.

Walau skuad kendalian Pep Guardiola itu tewas dalam perlawanan pertama mereka bertemu Tottenham Hotspur, tidak dinafikan yang mereka masih pasukan pilihan untuk memenangi saingan liga musim ini.

BACA:  Guardiola Mungkin Turunkan Skuad Lebih Lemah Bagi Pertemuan Menentang Manchester United