Pep Guardiola Dilihat Bermesra Dengan Van Dijk Selepas Tamat Perlawanan Di Etihad

Pep Guardiola dilihat benar-benar terpesona dengan Virgil Van Dijk selepas tamat aksi terikat 2-2 Manchester City bertemu Liverpool di Etihad kemarin.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut dengan Pep Guardiola dilihat bertemu Van Dijk selepas wisel penamat dibunyikan.

Tidak dinafikan perlawanan antara Liverpool dan Manchester City itu sungguh menghiburkan dengan kedua-dua pasukan bermain corak permainan pantas yang mengujakan.

Walau ada insiden panas yang berlaku di atas padang, namun perseteruan antara kedua-dua pasukan ini sememangnya atas dasar saling menghormati.

Pep Guardiola dan Jurgen Klopp turut saling menghargai antara satu sama lain selepas tamat perlawanan tersebut dan ia jelas menunjukkan kedua-dua pasukan ada perseteruan yang sihat.

Ketika perlawanan sedang berlangsung, Pep Guardiola dilihat sempat berbual dengan pemain full back Liverpool, Trent Alexander Arnold.

Ketika sesi temu bual selepas tamat perlawanan, beliau dilihat pergi bertemu Virgil Van Dijk untuk berkongsi detik istimewa bersama pemain kebangsaan Belanda itu.

Virgil Van Dijk turut beraksi dengan sangat cemerlang sepanjang perlawanan dengan beliau turut berjaya membuat Raheem Sterling mati kutu untuk melepasinya dalam satu insiden pada aksi babak kedua permainan.

Pemain kebangsaan Belanda itu dilihat sedang mengadakan sesi temu bual selepas tamat perlawanan dan ketika itulah Guardiola datang bertemu dengannya.

Pengurus Man City itu itu dilihat memegang tangan Van Dijk dan dek kerana terlalu teruja, beliau seolah-olah tidak mahu melepaskan genggaman tangannya itu.

Beliau juga dilihat menyatakan, ‘Kamu tahu apa kamu lakukan!’ kepada bekas bintang Southampton itu.

Van Dijk juga dilihat membalas kenyataan dari Pep Guardiola dengan menyatakan:

“Saya tahu, saya akan bercakap dengan dia.”

Walau bagaimanapun, masih tak jelas siapa yang kedua-dua mereka maksudkan itu.

Van Dijk dilihat turut sempat bergurau dengan menyentuh bahu Pep Guardiola sebelum pengurus City itu membalas dengan menampar lengan pemain bernombor 4 Liverpool itu dan membiarkan temu bual diteruskan.

Guardiola sendiri sebenarnya sangat terdesak mahu menandatangani Virgil Van Dijk ketika bintang Belanda itu masih bersama Southampton.

Van Dijk bahkan dilaporkan sudah hampir untuk menandatangani kontrak bersama Manchester City pada tahun 2017 yang lalu.

Walau bagaimanapun, Man City tak sanggup untuk menerima tanda harga yang diletakkan oleh Southampton dan memilih untuk menandatangani Aymeric Laporte dari Athletic Bilbao dengan yuran perpindahan bernilai £57 juta.

Van Dijk kemudiannya bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Liverpool dengan The Reds menandatangani bekas bintang Southampton itu dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £75 juta.

Liverpool walau bagaimanapun sangat beruntung kerana dapat memiliki Van Dijk dan nilai perpindahan memecah rekod yang mereka bayar jelas sekali sangat berbaloi.

Beliau berjaya membantu Liverpool memenangi pelbagai kejuaraan seperti Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League dan terbaru Carabao Cup.

Pada Julai 2020, Van Dijk mengakui yang Klopp merupakan kunci utama mengapa beliau memilih untuk ke Anfield sebelum ini.

“Saya ada peluang untuk pergi ke Chelsea dan Man City.”

Jelas Van Dijk menurut Manchester Evening News.

“Ketika kamu membandingkan kelab itu, kamu lihat pada sejarah, pada bandar, pada skuad sekarang, perancangan masa depan mereka.”

“Tapi perkara paling penting adalah kamu perlu lihat pada pengurus, dan Jurgen Klopp merupakan alasan terpenting mengapa saya memilih untuk sertai Liverpool.”

“Klopp ada sesuatu yang istimewa. Adakah ia dari tenaga dia? Atau dari imej dia secara keseluruhan.”

“Saya kadang kala duduk dan fikir tentang apa dia lakukan dan apa lebihnya dia berbanding orang lain.”

“Saya rasa ia adalah kerana man-management. Hari ini itu adalah hal yang paling penting sekali dalam dunia bola sepak.”

“Klopp beri kamu perasaan yang hebat. Dia jelas sekali sentiasa gembira ketika melihat kamu masuk ke kelab setiap pagi.”

Selepas aksi pada hujung minggu lalu, City masih kekal mendahului carta saingan liga dengan kelebihan satu mata.

Perebutan gelaran liga pada musim ini jelas sekali sangat sengit dan berpotensi akan diakhiri pada hari terakhir liga sama seperti pada musim 2018/19 yang lalu.

Pada musim itu, Manchester City berjaya mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata pada hari terakhir saingan liga untuk menjulang gelaran Premier League kedua mereka secara berturut-turut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola: Saya Mahu Bermain Dengan Arsenal Di Bawah Arsene Wenger