Ketika Pep Guardiola mula memegang tampuk kepimpinan baru di Manchester City ramai ragu-ragu dengan kemampuan untuk mengulangi kejayaan seperti di Barcelona dan Bayern Munich.
Bersama Barcelona, Pep mewarisi skuad yang dipenuhi pemain berbakat dan bakal berada dipuncak prestasi. Hasilnya Pep menjadi Super Saiya yang botak tanpa rambut terpacak dan kemudian meletakkan jawatan untuk bersama Bayern Munich yang dibarisi pemain yang power.
Oleh sebab itu semasa mula mengambil City ramai ragu-ragu dan menyatakan City akan bangkrap dan hak istimewa rakyat City akan hilang serta rakyat asing akan menguasai City jika Pep memimpin.
Tiada janji-janji manis yang tak masuk akal apatah lagi gula-gula ditaburkan oleh Pep Guardiola untuk memenangi hati peminat Manchester City.
Hanya usaha dan kerja keras serta kejayaan dikecapi menjadi bukti kewibawaan Pep Guardiola tanpa perlu menyalahkan pengurus terdahulu untuk nampak hebat dan menutup kelemahan diri.
Our Time. Our City.
Premier League Champions 17/18 🏆#mancity pic.twitter.com/lztlN3lWFW
— Manchester City (@ManCity) April 15, 2018
Pada musim pertama Pep masih dalam proses membentuk pasukan serta kurang konsisten tetapi sinar sudah nampak seperti kepalanya. Namun masih ada yang sangsi. Masuk musim kedua, Pep terus menutup mulut pengkritik dengan aksi yang padu dari City.
Musim yang penuh menakjubkan buat Manchester City dan Pep adalah kunci disebalik kepoweran itu. Pemain seperti
Bacary Sagna, Gael Clichy dan Pablo Zabaleta telah dilepaskan dan digantikan dengan pemain muda berbakat seperti Benjamin Mendy, Danilo dan Aymeric Laporte.
Taktik dan kaedah yang diterapkan Pep nyata menjadi dan bersinar di padang. Yang bersinar di tepi padang adalah kepala Pep. Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Kevin de Bruyne nyata menyerlah di bawah Pep.
Dalam satu video yang dikeluarkan di laman Twitter rasmi Manchester City, Pep telah menjelaskan falsafah yang dipegang bagi menjadikan City pasukan yang hebat.
Pep’s winning philosophy in his own words… #mancity 🏆 pic.twitter.com/F9A8gAfHXE
— Manchester City (@ManCity) April 16, 2018
“Hanya satu yang aku tahu adalah apabila mereka berehat mereka akan membuat persediaan terbaik untuk menewaskan kami.
“Jadi kami perlu lebih bersedia. Banyakkan latihan dan bersedia dengan lebih bagus adalah satu-satunya cara yang aku tahu untuk kekal ditahap ini.
“Kau berlatih bukan hanya dengan 11 pemain. Kau berlatihlah dengan semua ahli pasukan kau. Jelas Guardiola.”
“Idea yang akan kami lakukan sangat penting. Kau mesti melakukan hantaran demi hantaran, hantaran yang lebih akan membantu kau untuk sentiasa bersama.
“Kalau hantaran tinggi sangat sampai 20k tu kau carilah calon lain. Putuslah, tidak perlu lagi bersama.
“Kami lari untuk mendapatkan bola, bukan lari hanya sekadar lari. Menekan lawan bukan sekadar memberi tekanan.
“Kami percaya, jika kami memegang bola dengan lebih kerap, maka kami semakin hampir untuj menjaringkan gol.”
“Tanpa bola, semua pemain akan berlari. Dengan bola di kaki kami akan cuba bermain. Kami biarkan mereka berlari bagi mendapatkan masa yang tepat untuk menyerang dan membuat keputusan yang tepat.
“Inilah perkara paling sukar dalam bola sepak. Apa yang aku mahu adalah tidak hilang bola. Bermain dengan mudah dan membuat benda mudah.
“Yang lain-lain? Ini kerana kami bagus.”
Jika didengari falsafah Pep sangat mudah tetapi memerlukan latihan dan fokus yang lebih. Maka tidak hairanlah Pep membawa City mengharungi musim luar biasa.
Power dan luar biasa.